Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Fasa Ke-2 Laluan LRT Ampang Dibuka Pada 31 Mac 2016

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Pada 31 Mac 2016, empat stesen baru iaitu IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri, mula beroperasi di bawah fasa 2 projek sambungan Laluan LRT Ampang (LEP).

Bagi menggalakkan lebih ramai pengguna untuk memilih perkhidmatan LRT, kemudahan park and ride yang mencukupi telah disediakan di keempat-empat stesen tersebut. Stesen IOI Puchong Jaya menawarkan 470 tempat letak kereta, termasuk 95 tempat letak motosikal, manakala stesen Pusat Bandar Puchong menyediakan 122 tempat letak kereta dengan 90 tempat letak motosikal. Sementara itu, stesen Taman Perindustrian Puchong menawarkan 350 tempat letak kereta termasuk 164 untuk motosikal. Ketiga-tiga stesen juga mempunyai kemudahan tempat letak khas untuk basikal dengan setiap stesen menyediakan 20 petak, manakala stesen Bandar Puteri mempunyai kemudahan untuk menurunkan penumpang.

Manakala tiga stesen yang terakhir dalam Projek Sambungan Laluan Ampang (LEP) – Puchong Perdana, Puchong Prima dan Putra Heights, masih dalam kerja-kerja pembinaan pada masa ini, dan dijangka memulakan operasi pada bulan Jun. Stesen pertukaran Putra Heights akan menjadi titik penghubung bagi Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya.

Projek sambungan Laluan LRT Kelana Jaya (LEP), yang terdiri daripada 14 stesen tambahan, juga dijangka memulakan perkhidmatan pada bulan Jun. Apabila kesemua stesen laluan ini dibuka, ia menandakan penyiapan pembinaan projek LEP yang diumumkan pertama kalinya pada 2006.