Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Kaji Selidik Pasaran bagi Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL)

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Rajah 1: Laluan ECRL dalam ECER

Pembangunan infrastruktur adalah penting untuk perkembangan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan kereta api merupakan pemboleh utama bagi rantau ini yang berpotensi menghubungkan kawasan pusat ekonomi termasuk kawasan perindustrian dan menyediakan kesalinghubungan ke kawasan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang secara efisien.

Untuk mencapai sasaran pembangunan ini, ECRL telah dikenal pasti sebagai projek berimpak tinggi yang akan menjadi tulang belakang infrastruktur pengangkutan multimodal ECER. Ini akan melengkapkan infrastruktur sedia ada seperti Lebuhraya Pantai Timur, Laluan Pantai Timur KTMB dan juga pelabuhan.

SPAD dan ECERDC kini dalam proses menganalisis jenis perniagaan, model teknikal serta strategi perolehan dan alternatif bagi perlaksanaan projek laluan kereta api Pantai Timur (ECRL). Kaji selidik pasaran ini melalui RFI bertujuan untuk mendapatkan pandangan industri dan juga mengumpul maklum balas pasaran. Maklum balas yang diperolehi akan mengesahkan pendekatan yang SPAD dan ECERDC akan menggunakan untuk melaksanakan projek ini.

Sehubungan dengan ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah melancarkan satu kaji selidik pasaran bersama (market sensing exercise) melalui kaedah Permintaan Maklumat (Request of Information – RFI) berkaitan projek laluan kereta api Pantai Timur (ECRL).

RFI ini telah dibuka kepada syarikat dan pihak konsortium yang berminat untuk mengambil bahagian dalam projek tersebut. Ini termasuk bidang reka bentuk sistem kereta api ECRL, pembiayaan, pembinaan, pengendalian operasi dan penyelenggaraan seluruh rangkaian bekalan. Untuk maklumat lanjut mengenai ECRL, sila klik di sini.