Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Kata-Kata Aluan Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penerbitan edisi pertama Buletin SPAD ini mencerminkan kesungguhan Suruhanjaya untuk menjayakan budaya kerja berpasukan melalui perkongsian maklumat terkini di kalangan pemegang berkepentingan, serta pengguna pengangkutan awam darat di Malaysia.

Saya berharap buletin ini yang akan diterbitkan setiap suku tahun menjadi satu persada komunikasi bagi mengeratkan ikatan kerjasama dan persefahaman di dalam segala usaha yang dilakukan oleh SPAD dalam usaha menyediakan sistem pengangkutan awam darat yang lebih bersepadu dan efisien untuk pengguna di Semenanjung Malaysia.

Melalui terbitan ini juga, saya berharap anda akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang projek serta inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan oleh SPAD dengan kerjasama pihak berkepentingan. Maklumat yang terkini mengenai perkembangan pengangkutan awam darat juga boleh didapati melalui laman sosial media kami iaitu Facebook dan Twitter

Terima kasih.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar
Pengerusi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat