Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Kerajaan Melanjutkan Diskaun 30% Pas Bulanan Bagi Bas Antara Bandar

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Pengguna bas antara bandar kini boleh terus menikmati diskaun 30% bagi pas bulanan bas untuk menikmati lebih penjimatan. Inisiatif Kerajaan ini memanfaatkan pengguna bagi perjalanan dari Rawang, Klang dan Seremban ke Kuala Lumpur mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Laluan-laluan yang terlibat adalah seperti berikut: 

Dengan pemberian diskaun tersebut, pas bulanan untuk laluan Seremban-Kuala Lumpur bagi syarikat SKS-KL Ekspres kini berharga RM147 (sebelum ini RM210), syarikat Suasana Edaran dan syarikat Sistem Kenderaan Bumiputera Sdn Bhd berharga RM154 (sebelum ini RM220) dan laluan khas oleh SKS-KL Ekspres berharga RM175 (sebelum ini RM250). Bagi laluan Klang-Kuala Lumpur pula pas bulanan berharga RM91 berbanding RM130 sebelum ini. Bagi laluan biasa Rawang-Kuala Lumpur oleh Setara Jaya Sdn Bhd, pas bulanan kini berharga RM73 berbanding RM104.

Bagi BET 5 dan BET 6 laluan Bandar Tasik Puteri-Bukit Bintang, pas bulanan berharga RM108 (sebelum ini RM154) dan BET 5 dari Country Homes berharga RM92 (sebelum ini RM132).

Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan oleh kerajaan untuk meringankan kos perjalanan harian bagi pengguna yang menetap di kawasan pinggir bandar dan bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur. Sekaligus, ia juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat secara lebih meluas di kalangan rakyat.

Borang permohonan untuk membeli pas bulanan boleh dimuat turun di sini.