Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Mahkamah Tinggi Menolak Saman Pengusaha Bas Terhadap SPAD Dalam Pelaksanaan Sistem Tiket Berpusat (CTS)

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Pada 14 April 2015, Mahkamah Tinggi telah menolak saman oleh sekumpulan pengusaha bas terhadap sebuah syarikat dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam pelaksanaan Sistem Tiket Berpusat (CTS) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Hakim Datuk John Louis O'Hara mengarahkan lapan pengusaha bas yang merupakan plaintif untuk membayar RM 10,000 sebagai kos kepada kedua-dua defendan, Maju TMAS Sdn. Bhd. iaitu  syarikat yang telah dilantik oleh pemilik TBS untuk menguruskan operasi di Terminal dan SPAD.

Beliau membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa pelaksanaan CTS tidak melanggar Seksyen 15 dan 16 di bawah Akta SPAD 2010.

Pada 30 Disember tahun lepas, kumpulan pengusaha bas tersebut memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan yang memohon perintah deklarasi untuk menghentikan pelaksanaan CTS di TBS, serta mengisytiharkan bahawa defendan tidak mempunyai hak untuk memaksa dan memerintahkan plaintif mengambil bahagian dalam pelaksanaan CTS.

Mereka mendakwa tindakan defendan untuk melaksanakan CTS terhadap mereka telah melanggar Akta Persaingan 2010, dan memohon kos dan relief lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Sebanyak 87 syarikat bas ekspres beroperasi di TBS, yang mula berkhidmat sebagai hab pengangkutan awam bersepadu pada 1 Mac 2011. Setakat ini, 79 syarikat bas ekspres telah menyertai CTS, yang telah dilaksanakan sepenuhnya pada Oktober tahun lepas.
Sumber: Bernama