Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

LAWATAN KERJA PENGERUSI SPAD KE DEPOH MRT SUNGAI BULOH

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

image

Pada 27 Mei 2016, Ybhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Pengerusi SPAD mengadakan lawatan kerja ke Depoh MRT yang terletak di Sungai Buloh. Lawatan kerja ini turut disertai oleh Pengurusan SPAD.

image


Sempena lawatan tersebut, satu taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Projek MRT, En. Marcus Karakashian mengenai status terkini projek MRT. Menurut beliau kesemua 24 tren bagi operasi Fasa Satu telah diserahkan kepada Depot MRT Sungai Buloh.  Manakala kerja-kerja trek telah siap bagi laluan dan terowong. "Pada masa ini, semua sistem menjalani ujian di seksyen Fasa Satu jejambat dan MRT akan mengadakan operasi percubaan pada 1 Oktober,” ujar beliau.

Katanya lagi, sehingga akhir Mei, kemajuan keseluruhan MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang ialah 86.25% untuk bahagian bawah tanah, semua kerja-kerja struktur stesen telah siap, kecuali pintu masuk dan struktur lubang angin di atas permukaan tanah dan pintu masuk.

Menurut beliau, setelah pelantikan Rapid Rail Sdn Bhd pada 1 Julai sebagai pengendali MRT Lembah Klang, bersama MRT Corp sebagai pemilik projek, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam memastikan MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang berjalan lancar sepanjang operasi.

Rapid Rail Sdn Bhd akan bertanggungjawab bagi penyelenggaraan harian teknikal, khidmat pelanggan, kutipan tambang dan kemudahan di stesen manakala MRT Corp kekal sebagai pemilik aset termasuk struktur dan tren. Untuk Fasa pertama, sebanyak enam stesen akan menyediakan kemudahan “park and ride” yang meliputi parkir kereta bertingkat dan parkir kereta terbuka. Sebanyak 100 hingga 600 ruang parkir disediakan di setiap stesen yang terlibat. Dari segi bayaran parkir pula, ia akan dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd dan pengguna yang meletakkan kenderaan di “Park and Ride”, mereka akan menikmati kadar bayaran parkir yang lebih murah,” kata beliau.

Beliau juga menjelaskan bahawa Rapid Rail Sdn Bhd juga akan mengendalikan 300 bas pengantara yang akan menyambungkan pengguna dengan rangkaian MRT. “Untuk Fasa pertama, sebanyak 140 bas pengantara akan digerakkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang dalam lingkungan 3 kilometer dari stesen MRT."

Rombongan pengurusan SPAD juga telah mengunjungi Pusat Kawalan dan woksyop untuk memantau persediaan pengendalian tren secara automatik dan manual.Rombongan juga telah memeriksa salah satu daripada 58 tren yang akan beroperasi untuk Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

Fasa pertama Laluan Sungai Buloh Kajang – antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Semantan – akan mula beroperasi pada Disember 2016, manakala operasi peringkat kedua yang meliputi keseluruhan laluan, akan bermula pada Julai 2017. Laluan pertama MRT, Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 kilometer terdiri daripada 31 stesen dan menyediakan perkhidmatan kepada 1.2 juta orang sepanjang laluan itu.