Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

LAWATAN KERJA PENGERUSI SPAD MENINJAU PROJEK PENYAMBUNGAN JAJARAN LRT

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

image

30 Mei 2016 - Sebulan sebelum pembukaan sambungan laluan bagi perkhidmatan LRT Laluan Ampang dan Kelana Jaya, Pengerusi SPAD, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar dan barisan pengurusan SPAD telah membuat lawatan kerja ke laluan-laluan tersebut. Lawatan kerja tersebut juga bertujuan untuk memeriksa ketersediaan di stesen-stesen sepanjang laluan baharu itu. Ini merangkumi laluan bagi perkhidmatan LRT Kelana Jaya bermula dari Kelana Jaya dan berakhir di stesen Putra Heights sepanjang 17.4km, serta laluan Ampang, dari stesen Putra Heights ke stesen Sri Petaling yang sejauh 17.7km.

Ciri paling menarik projek sambungan LRT ini adalah stesen Putra Heights yang kini menjadi stesen pertukaran dan integrasi bagi perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dan LRT Laluan Ampang. Setelah dibuka pada 30 Jun, penumpang dapat menggunakan stesen ini sebagai stesen pertukaran bagi perkhidmatan laluan Ampang dan Kelana Jaya. Kedua-dua laluan ini akan secara berperingkat, memperkenalkan penggunaan set kereta api baharu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myrapid.com.my