Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

MAJLIS KONVOKESYEN AKADEMI KTMB 2016

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Pada 18 Mei 2016, Akademi KTM Batu Gajah melakar sejarah buat julung-julung kalinya dengan menganjurkan Majlis Konvokesyen untuk graduan-graduannya yang menamatkan pengajian. Majlis Konvokesyen tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan dan diiringi oleh En. Mohd Azharuddin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD. Ini merupakan peristiwa yang penuh simbolik memandangkan majlis konvokesyen ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan dalam menjana kejayaan setiap graduan. Graduan-graduan yang bergraduat terdiri daripada warga kerja KTMB yang berjaya meraih pengiktirafan Kerajaan Malaysia sebagai pekerja mahir.