Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

PEJABAT SPAD WILAYAH SELATAN KINI DIBUKA

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Pada 22 Mei 2016, Pejabat SPAD Wilayah Selatan telah dirasmikan oleh Pengerusi SPAD, YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Azharuddin Mat Sah. Bertempat di Menara MSC Cyberport, pejabat baharu ini merupakan salah satu inisiatif dan komitmen berterusan SPAD untuk memberikan perkhidmatan baik kepada industri pengangkutan awam darat di Malaysia dan Singapura. Pejabat  wilayah  ini  turut  menawarkan kemudahan    tempat    duduk    yang    selesa    dan 

image

dilengkapi sistem pengurusan giliran. Sistem maklumat berkomputer juga disediakan untuk menyemak maklumat serta 12 kaunter untuk memudahkan urusan seperti permohonan lesen baharu, pembaharuan lesen, penukaran syarat permit, pengeluaran kad pemandu dan permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS).

image

Pemohon kini boleh berurusan di pejabat SPAD, lima hari seminggu, iaitu dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang bagi hari Ahad hingga Rabu dan 8.30 pagi hingga 3.30 petang pada hari Khamis.

Turut memeriahkan majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, YBhg Datuk Ismail Ibrahim, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Negeri Johor, En. Mohd Rusdi Mohd Darus dan pihak berkepentingan dalam industri pengangkutan awam darat. Pemohon juga kini boleh menghubungi talian 07-2188 488 untuk sebarang pertanyaan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Selatan, Johor Bahru
Level LG, Menara MSC Cyberport
No.5, Jalan Bukit Meldrum
80300 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
Tel No : 07 - 2188 488   Fax No: 07 - 2188 588

Waktu Operasi
Ahad - Rabu (8.30 pagi - 4.30 petang)
Khamis (8.30 pagi - 4.30 petang)
Waktu Nombor Terakhir
Ahad - Rabu(4.30 petang)
Khamis (3.00 petang)