Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

PERKHIDMATAN MYBAS KINI BEROPERASI DI IPOH

Printer-friendly versionSend by emailPDF version


1 Jun 2016 - Pengguna bas di Ipoh kini dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dan mudah dengan pengenalan perkhidmatan bas berhenti-henti myBAS Ipoh di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST). Perkhidmatan yang dikendalikan oleh Perak Transit Berhad ini menawarkan laluan di sekitar bandar raya Ipoh dan kawasan luar daerah tersebut dengan kadar tambang serendah RM1.00.

image

Pengenalan myBAS Ipoh ini dimulakan dengan fasa 1 yang meliputi sebanyak 6 laluan bas, iaitu 4 laluan utama  dan 2 laluan pengantara (feeder routes). Antara laluan tersebut termasuk perkhidmatan T30a (Stesen Bas Ipoh – Terminal Amanjaya), T30b (Stesen Bas Ipoh – Terminal Amanjaya – Chemor), T34 (Stesen Bas Ipoh – RTC Gopeng), T37 (Stesen Bas Ipoh – Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah – Terminal Amanjaya), F303 (Stesen Bas Ipoh - Oldtown Ipoh, perkhidmatan ‘loop’) dan F304 (Stesen Bas Ipoh – Jusco Ipoh).

Kadar tambang yang dikenakan berdasarkan jarak perjalanan dengan harga serendah RM1.00 bagi perjalanan tertentu. Semua kenderaan myBAS Ipoh mempunyai ciri-ciri seperti perkhidmatan bas yang dilengkapi dengan penyaman udara, kerusi yang selesa dan pemantauan menerusi sistem GPS. Dalam pelaksanaan menyeluruh myBAS Ipoh yang akan datang, lebih banyak lagi laluan akan diperkenalkan untuk rakyat Ipoh.