Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

SIRI CERAMAH KEPIMPINAN AKADEMI SPAD KE-2

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Pada 26 Mei 2016, Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkongsi bersama-sama dengan warga SPAD maklumat terkini mengenai ekonomi negara selain menyampaikan ceramah kepemimpinan di bawah program Siri Ceramah Kepemimpinan Akademi SPAD di ibu pejabat SPAD. Beliau berkongsi pelbagai pengalaman berbeza yang pernah dilaluinya di sektor awam dan swasta, model ekonomi baharu dan tumpuan perancagan Kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, yang inklusif dan mampan untuk menjana mutu kehidupan yang lebih baik bagi rakyat Malaysia.

image

Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar juga berkongsi mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 dan gambaran keseluruhan pengangkutan awam darat di Malaysia serta pelbagai inisiatif utama sistem pengangkutan awam darat yang akan memainkan peranan yang besar dalam membawa negara menuju status negara berpendapatan tinggi.

 

Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar mempunyai pengalaman yang luas sebagai pemimpin, antara lain sebagai Ketua Pegawai Kewangan Telekom Malaysia Berhad pada 1 Mac 2001 dan Ketua Pegawai Eksekutif dua syarikat swasta besar di Malaysia.

image

Senator Dato’ Sri Abdul Wahid dalam rumusan mengenai kemahiran pengurusan yang disampaikannya, menasihati warga SPAD agar sentiasa memberikan tumpuan pada perkara-perkara asas manakala bagi kemahiran peribadi pula, Senator memberikan panduan supaya kakitangan menjalankan tugasan dengan penuh wawasan, sentiasa berinteraksi sesama sendiri dan menyampaikan maklumat secara jelas serta sahih selain mengekalkan integriti pada setiap ketika. Akhir sekali, Senator Dato’ Sri Abdul Wahid mengingatkan hadirin agar untuk memberikan tumpuan seratus peratus pada tugasan sedia ada.