Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

SPAD MENGADAKAN PANEL INKUIRI PELANGGARAN KERETAPI

Printer-friendly versionSend by emailPDF version


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan Panel Inkuiri bagi kejadian pelanggaran antara keretapi Electric Train Service (ETS) dan Ekspres Rakyat di km 322 berhampiran dengan stesen Kuala Kubu Bharu pada 7 Mei 2016.

Panel yang diwujudkan oleh SPAD tersebut merangkumi pakar yang terdiri daripada Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Institut Jurutera Malaysia (IEM), Kementerian Pengangkutan dan ahli akademik. Bermula dengan pembentangan hasil siasatan awal oleh KTM Berhad, panel tersebut akan berusaha untuk mengenal pasti sebab-sebab kemalangan dan mana-mana kesilapan berkemungkinan yang telah berlaku.

Panel Inkuiri tersebut juga akan memberikan tumpuan pada kecekapan tindak balas ketika kecemasan dan sekiranya terdapat apa-apa jurang keselamatan yang dikenal pasti semasa siasatan itu. Individu yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada kejadian ini akan diminta tampil untuk membantu siasatan.

Perlanggaran ini akan disiasat di bawah Seksyen 161 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD). Berdasarkan inkuiri yang pernah dijalankan, SPAD bagi insiden yang melibatkan rel, inkuiri ini dijangka dimuktamadkan dalam masa tiga (3) bulan.

Seramai 10 penumpang cedera dalam kejadian pada hari tersebut apabila dua tren milik KTMB bertembung di Kuala Kubu Bharu selepas melalui Stesen Komuter Batang Kali. Pasukan bomba dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dan Puchong dikejarkan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan pada jam 1.48 tengah hari tersebut. Pada ketika kejadian, terdapat 510 penumpang dalam kedua-dua kereta api itu.

Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta api 13 gerabak yang bertolak dari Butterworth, Pulau Pinang menghala Kuala Lumpur dan sebuah kereta api ETS enam gerabak dari ibu negara ke Ipoh, Perak.