Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

SPAD MENGANJURKAN MAJLIS BERBUKA PUASA 2016

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

 

Pada 23 Mei 2016, SPAD telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dalam usaha mengukuhkan hubungan baik antara pihak berkepentigan dalam sektor pengangkutan awam darat dan juga untuk meraikan bulan Ramadan.

Turut serta di dalam majlis tersebut adalah 30 anak-anak yatim yang diundang khas dari Rumah Jalinan Kasih. Majlis yang turut disertai oleh warga SPAD itu diadakan di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC).

Majlis bermula dengan ketibaan YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar dan pengurusan SPAD. YBhg Pengerusi SPAD telah menyampaikan kata alu-aluan kepada tetamu yang hadir ke majlis tersebut. Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia, Ybhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar turut menyampaikan duit raya kepada adik-adik kecil. Tetamu kemudiannya diundang mengikuti tazkirah Ramadan sebelum majlis berbuka puasa bermula.