Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

DISKAUN 50% UNTUK PERKHIDMATAN LRT, MONOREL DAN BRT

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Pengguna kini boleh menikmati diskaun 50% apabila menggunakan perkhidmatan LRT Sri Petaling / Ampang, LRT Kelana Jaya, Monorel serta perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Sunway pada setiap hari bekerja bermula 6.00 pagi sehingga 7.00 pagi.

Tawaran diskaun ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak ketika majlis pelancaran projek LRT3 diharapkan dapat memberi manfaat kepada pengguna dan mendorong mereka memulakan perjalanan dengan lebih awal. Ini juga akan membantu pengendali perkhidmatan mencorakkan perjalanan waktu puncak yang lebih efektif dan selesa bagi pengguna.

Bagi menikmati diskaun ini, para pengguna haruslah menggunakan mod pembayaran tanpa tunai iaitu melalui kad Touch ‘n Go, kad MyRapid, MyRapid Smart 7, atau MyRapid Smart 30. Manakala warga emas, pelajar, dan orang kelainan upaya dengan pemegang kad konsesi akan menikmati kadar diskaun dari harga semasa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myrapid.com.my