Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

EXPRESS RAIL LINK MEMPERKENALKAN TREN BAHARU

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) telah melancarkan tren baharu bagi perkhidmatan KLIA Transit pada 20 Oktober 2016 bertempat di Kompleks Rel Udara, Salak Tinggi. Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai.

Enam buah tren baharu ini akan beroperasi secara berperingkat mulai Mac 2017 di bawah usaha untuk  mempertingkatkan kapasiti perkhidmatan sehingga 50% bagi mengurangkan kesesakan terutamanya pada waktu puncak. Demi memberikan keselesaan kepada penumpang, beberapa inisiatif baru telah dilaksanakan termasuk peningkatan ciri-ciri keselamatan, sistem pendingin hawa yang lebih efisen, lebih banyak selusur (handrail) serta ruang kaki yang lebih luas. 

Menteri Pengangkutan ketika berucap berkata, “Peningkatan kapasiti dan kesalinghubungan dengan sistem rel lain akan menggalakkan peralihan daripada kenderaan persendirian, seterusnya mengurangkan kesesakan dan menambah baik kepuasan orang awam dan kualiti hidup. Dengan peningkatan 50 peratus kapasiti, saya yakin ERL bakal menerima penumpang ke-100 juta tidak lama lagi," katanya.

Enam buah tren baharu yang akan ditambah termasuk empat tren bagi perkhidmatan KLIA Transit manakala dua lagi akan digunakan untuk perkhidmatan KLIA Ekpsres.