Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

MAJLIS PELANCARAN BUKU PERJALANAN TRANSFORMASI 5-TAHUN PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010-2015 SEMPENA SIMPOSIUM PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2016

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2016 - Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang menjadi penyokong utama kepada transformasi pengangkutan awam darat telah melancarkan Buku Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat 2010 – 2015 dan dengan sekaligus merasmikan Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat SPAD 2016 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur yang bertemakan “Public Transport: Transforming the Nation.” Majlis pelancaran itu juga telah disaksikan oleh Menteri Pengangkutan; Dato' Sri Liow Tiong Lai, Pengerusi SPAD; Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Jaafar Albar, Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU; Dato’ Sri Idris Jala, dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD;En. Mohd Azharuddin Mat Sah serta dif-dif kehormat.

YAB Dato’ Sri Mohd Najib di dalam ucaptamanya telah menyatakan bahawa Kerajaan akan terus menangani keperluan pengangkutan awam darat secara holistik dan inklusif di dalam dan di luar bandar. Menurut Perdana Menteri, ini akan dilakukan bagi memastikan pengangkutan awam darat kekal relevan, seiring dengan keperluan rakyat dan setaraf degan standard negara maju. Transformasi sistem pengangkutan awam darat negara menurut YAB Dato’ Sri Mohd Najib, telah mencatat kemajuan yang boleh dibanggakan selaras dengan pencapaian signifikan yang diraih menerusi pelaksanaan Program Transformasi Negara (NTP).

Kerajaan telah melaburkan lebih RM70 bilion bagi projek-projek infrastruktur pengangkutan awam darat seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Aliran Transit Massa (MRT) dan Kereta Api Laju (HSR) yang menurut Perdana Menteri akan memberikan kesan pemangkin yang besar terhadap sosio-ekonomi Malaysia. Ini akan turut memberikan limpahan manfaat kepada masyarakat sekarang, di dalam jangka masa pendek dan panjang.

Upacara Simposium LPT 2016 juga telah memaparkan satu pameran interaktif mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat dan perancangan masa hadapan negara. Pameran yang dibuka kepada orang awam ini juga telah menampilkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat.

Hadiah-hadiah menarik seperti tiket bas dan tren, kad Touch ‘n Go dan gajet elektronik bernilai sehingga RM100,000 juga telah disediakan untuk direbut oleh para pengunjung di pameran tersebut.

Simposium Pengangkutan Awam Darat yang kelima ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada pihak-pihak berkuasa, penggubal dasar, perancang bandar, pengendali-pengendali pengangkutan awam darat dari Malaysia dan juga daripada rantau ini. Selain itu, pembentangan dan perbincangan mengenai inisiatif-inisiatif yang akan mencorakkan mobiliti dan kesalinghubungan pengangkutan awam darat untuk menuju ke arah masa depan Negara telah diadakan.

Salinan digital Buku Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat 2010 – 2015, boleh dimuat turun daripada laman sesawang SPAD di: http://www.spad.gov.my/5tahunLPT.pdf