Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

MAJLIS UPACARA PECAH TANAH BAGI MRT LALUAN SUNGAI BULOH – SERDANG – PUTRAJAYA (SSP)

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Selaras dengan iltizam Kerajaan untuk menyediakan kemudahan Pengangkutan Awam Darat yang lebih relevan dan disenangi oleh rakyat, Kerajaan telah mengenalpasti sebuah lagi projek Transit Aliran Massa (MRT) iaitu laluan Sungai Buloh – Serdang - Putrajaya (SSP) yang akan mendatangkan manfaat kepada lebih ramai pengguna pengangkutan awam darat di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas yang masuk ke pusat bandar.

Susulan itu, pada 15 September 2016, Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak telah menyempurnakan upacara pecah tanah bagi merasmikan projek MRT Laluan 2 ataupaun yang dikenali sebagai SSP di Putrajaya Sentral.

Projek MRT Laluan SSP yang dianggarkan bernilai RM32 bilion ini akan merangkumi jarak sepanjang 52.2km dengan 37 buah stesen untuk memberi manfaat kepda kira-kira dua juta penduduk bandar di sepanjang jajaran tersebut. Sebanyak 58 buah tren akan dikendalikan dan jarak perjalanan dari Sungai Buloh ke Putrajaya dianggarkan mengambil masa selama 84 minit dengan kadar pengguna harian seramai 529,000 penumpang.

Turut sama hadir di majlis tersebut adalah Menteri Pengangkutan, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Abdul Rahman Dahlan; Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar; Ketua Pegawai Eksekutif, SPAD, Encik Mohd Azharuddin bin Mat Sah serta Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, YBhg Dato’ Sri Shahril Mokhtar.

Dalam ucapan beliau, YAB Perdana Menteri menyifatkan projek laluan MRT SSP sebagai satu lagi usaha yang penting dalam membawa transformasi besar-besaran kepada pengangkutan awam darat negara terutamannya bagi kawasan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Beliau juga berkata bahawa upacara pecah tanah projek MRT Laluan SSP itu menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Kerajaan untuk mencapai perkongsian mod 40 peratus untuk pengangkutan awam darat dalam tempoh 15 tahun akan datang.