Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

MALAM ANUGERAH INDUSTRI PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2016

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2016 – Malam Gala dan Anugerah Industri Pengangkutan Awam Darat SPAD 2016 telah dianjurkan bersempena Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat SPAD 2016 bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan pengendali serta pihak berkepentingan di dalam industri pengangkutan awam darat.

Ucaptama yang telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD, telah menitikberatkan pendekatan inovatif di dalam menangani cabaran bagi meningkatkan taraf penyampaian perkhidmatan kepada orang awam. YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar juga telah mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mereka yang telah berjaya dicalonkan. Adalah dengan ini, diharapkan mereka dapat terus berusaha untuk meningkatakan mutu dan tahap kecemerlangan industri.

Anugerah industri pada kali ini turut memperlihatkan beberapa kategori pencalonan iaitu kategori pengendali terbaik, kategori amalan keselamatan terbaik serta kategori pengurusan aduan terbaik bagi pelbagai sektor pengangkutan awam darat. Setiap pencalonan melibatkan pemilihan dan penghakiman panel pakar serta pemeriksaan secara terperinci oleh ahli juri pemilihan. Pada malam itu juga, beberapa pemandu teksi dan bas telah juga diberikan  pengiktirafan khas atas nilai-nilai murni dan teladan yang dipamerkan oleh mereka ketika bertugas.

Senarai pemenang-pemenang Anugerah Industri Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2016 adalah seperti berikut:

Kategori Pengendali Bas Henti-Henti

  1. Operator Terbaik – Prasarana Malaysia Berhad (RapidKL)
  2. Amalan Keselamatan Terbaik – Syarikat Pengangkutan Maju Berhad
  3. Pengurusan Aduan Terbaik – Handal Indah Sdn. Bhd.

Kategori Pengendali Bas Ekspres

  1. Pengendali Terbaik – Tiara Pesona Sdn. Bhd. (Ekspres Perdana)
  2. Amalan Keselamatan Terbaik – Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara)
  3. Pengurusan Aduan Terbaik – Sani United (Sani Express)

Kategori Lori (KA) Pengendali Kontena

  1. Pengendali Terbaik – Century Total Logistic Sdn Bhd
  2. Amalan Keselamatan Terbaik – Taipanco Sdn Bhd
  3. Pengurusan Aduan Terbaik - MISC Integrated Logistics Sdn. Bhd.

Kategori Lori (LA) Pengendali Kargo Am

  1. Pengendali Terbaik – NITTSU Transport Service (M) Sdn Bhd
  2. Amalan Keselamatan Terbaik – Sin-Kung Logistic Sdn Bhd
  3. Pengurusan Aduan Terbaik – Tasco Berhad.

Kategori Rel

  1. Amalan Keselamatan dan Khidmat Pelanggan Terbaik – Express Rail Link (ERL)
  2. Pengurusan Aduan Terbaik – Train Transit System (TTS).

Kategori Terminal

  1. Pengendali Terminal Terbaik – Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
  2. Naib Pengendali Terminal Terbaik – Terminal Aman Jaya.

Anugerah Merit

  1. Kategori Rel Hab Terminal – Merit Khas – Stesen Sentral Kuala Lumpur
  2. Kategori Bas Persiaran – Merit Khas – Columbia Leisure Sdn Bhd.
  3. Kategori Pemandu Bas – En. Mohd Zaidi Bin Yussof (atas pengamalan SPAD ICOP Keselamatan ketika kecemasan menyambut kelahiran bayi di dalam perjalanan).

Kategori Teksi – 6 orang pemandu teksi dipilih berdasarkan rating dari pengguna aplikasi Meter-On

  1. En. Semahat Bin Mohamad, 61 (No. Kenderaan : HBA 7037)
    • En. Tan Teck Jun iaitu pengguna tegar perkhidmatan teksi telah menyatakan pemandu ini telah memberikan perkhidmatan yang jujur dan amanah dan antara yang terbaik beliau pernah jumpa.
  2. En. Sharifuddin Guzaly, 36 (No. Kenderaan : HBA 6208)
    • Seorang pelancong warga Eropah Mr. Albine D Conorio telah berkongsi penghargaan kepada pihak SPAD melalui emel dengan menyatakan penghargaan kepada pemandu ini disebabkan oleh ketulusan dan integriti beliau dengan menyerahkan sejumlah wang yang tertinggal di dalam kenderaan beliau. Pelancong merasakan sikap amanah dan terpuji yang ditunjukkan ini mampu untuk diteladani.
  3. En. Eddie Chang, 59 (No. Kenderaan : HBB 2161)
    • Seorang pengguna bernama En. Michael Lim menyatakan perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu adalah selamat, selesa dan kebolehpercayai ini kerana beliau telah menempah pemandu ini untuk isteri beliau sewaktu jam 3 pagi untuk dihantar ke KLIA. Berdasarkan sikap telus dan amanah ini beliau merasakan pemandu mempunyai kualiti intergriti yang bagus.
  4. En. Poobalen Murugesan, 42 (No. Kenderaan : HBA 6220)
    • Pemandu teksi bajet ini telah membantu seorang pelancong asing dengan menyerahkan sejumlah wang yang tertinggal di dalam kenderaan beliau. Sikap ketulusan dan integriti pemandu teksi ini membuat pelancong ini merasakan sikap amanah dan terpuji yang ditunjukkan mampu untuk diteladani.
  5. En. Ahmad Dorashid, 52 (No. Kenderaan : HWD 4916)
    • Seorang pelahar UTAR, Cik Shermin Chan menyatakan pemandu teksi ini merupakan seorang yang baik hati kerana beliau memulangkan beg selepas didapati tertinggal didalam kenderaan beliau. Penumpang berasa bersyukur dan berterima kasih dengan sikap kejujuran yang ditunjukkan oleh pemandu.
  6. En.Tan Kan Tee, 60 (No. Kenderaan : HWC7304)
    • En. Chew Mun Ling menyatakan beliau seorang yang amanah apabila barang yang tertinggal dalam teksi dipulangkan serta merta dalam tempoh 5 minit selepas penumpang tersedar tertinggal barangan berharga beliau di dalam kenderaan tersebut.