Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

PERDANA MENTERI MAHU LRT3 MENJADI PENGANGKUTAN BERTARAF DUNIA

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Pada 24 Ogos 2016, Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak telah merasmikan projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia, Klang. Pembinaan projek LRT3 yang bernilai RM9 bilion bakal bermula pada tahun 2017 dan dilengkapi dengan 26 buah stesen di sepanjang laluan berjarak 37km. Laluan ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk bagi kawasan koridor barat Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Perdana Menteri ketika berucap menyatakan hasrat beliau untuk menjadikan projek LRT3 sebagai sistem rel bertaraf dunia selaras dengan status negara maju menjelang tahun 2020. Beliau juga menegaskan aspek kualiti dan keselamatan haruslah terjamin dan tidak akan diabaikan sama sekali walaupun projek ini memenuhi jadual pembinaan yang ditetapkan, iaitu pada 31 Ogos 2020.

 

Pembinaan LRT3 itu akan menggunakan teknologi baharu iaitu ‘U-Trough’ yang merupakan satu penambahbaikan daripada sistem konvensional yang sedang digunakan di negara kita. Ini dijangka akan mempercepatkan proses dan masa dari segi pelaksanaan projeck tersebut.

Apabila projek ini disiapkan, sebanyak 10 stesen akan dilengkapi dengan kemudahan 'park n ride' selain dilengkapi dengan kemudahan bas pengantara untuk mewujudkan sistem yang bersepadu.

Projek LRT3 ini merupakan sebuah usaha yang penting bagi memenuhkan aspirasi Kerajaan dalam mewujudkan satu sistem pengangkutan awam darat yang berdaya saing, efisien, bersepadu dan berkekalan sekali gus meningkatkan tahap sosioekonomi serta menyediakan kualiti kehidupan yang lebih baik untuk rakyat.