Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Aplikasi Journey Planner

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Aplikasi 'Journey Planner' merupakan salah satu inisiatif yang dibangunkan oleh SPAD sebagai projek untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat berasaskan sistem data dan maklumat ketersediaan pengangkutan awam. Journey Planner telah dikenalpasti bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk merancang perjalanan mereka dan juga dengan harapan untuk memberikan insentif bagi mereka yang tidak menggunakan pengangkutan awam supaya mencuba mod alternatif ini berbanding pengangkutan persendirian.

Antara ciri-ciri aplikasi adalah seperti pilihan mod perjalanan yang tersedia kepada pengguna bagi perjalanan dari titik A ke B, memberikan anggaran tambang dan masa menunggu. Aplikasi ini juga akan menggunakan data masa sebenar (‘real-time data’) daripada pihak pengendali seperti KTMB and bas-bas berhenti-henti (bagi 72 laluan bas). Pada peringkat permulaan, data statik akan digunakan sehingga data masa sebenar daripada pihak pengendali RapidKL (bagi 155 laluan) dan MRT dapat diperolehi.

Aplikasi perancang perjalanan ini yang belum diberikan nama rasmi lagi, pada masa ini sedang dibangunkan oleh Bahagian NKRA SPAD di dalam versi Android dan iOS. Usaha-usaha bagi membangunkan aplikasi ini telah bermula pada Jun 2015 dan dijangka akan dilancarkan pada Julai 2017.

Buat masa ini, aplikasi ini sedang menjalani pengujian dalaman (beta testing) oleh hampir 60 orang sukarelawan. Para pengguna yang ingin menyumbang kepada pengujian aplikasi ini, boleh menghubungi Bahagian NKRA SPAD melalui emel kepada vijay@spad.gov.my atau asyikin@spad.gov.my.