Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

PENYERTAAN SPAD DALAM PAMERAN SEMPENA PERSIDANGAN AGUNG UMNO 2016

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan sempena Persidangan Agung UMNO 2016 baru-baru ini untuk memaparkan perkembangan terbaru dalam industri pengangkutan awam darat negara yang sedang pesat membangun. Pameran ini telah berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember 2016 di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Dilancarkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Y.B. Tan Sri Noh bin Haji Omar, pameran tersebut merupakan satu platform untuk berkongsi maklumat umum kepada orang ramai mengenai perkembangan-perkembangan terbaru dalam pelbagai industri serta agensi kerajaan.

Dianggarkan kira-kira 600 pengunjung telah hadir di ‘booth’ SPAD untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai mod-mod pengangkutan awam darat terutamanya mod-mod baru seperti Transit Aliran Massa (MRT), Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), dan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Selain itu, pengunjung turut bertanya mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada seperti LRT, KTM Komuter, ETS, bas dan teksi. SPAD juga menggunakan peluang ini untuk mendorong para pengunjung mengikuti laman-laman media sosial SPAD untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pengangkutan awam darat.