Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

PERKHIDMATAN BAS PERANTARA MRT

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Bersempena dengan pembukaan fasa 1 perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK), perkhidmatan bas perantara MRT telah diperkenalkan kepada orang ramai. Berdasarkan konsep ‘first and last mile’, perkhidmatan bas perantara ini akan meliputi jarak sepanjang 256.3km di bawah Fasa 1 dengan frekuensi optimum setiap 10 minit. Sejumlah 112 buah bas telah disediakan untuk 26 laluan dari 12 stesen iaitu stesen Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Antara ciri istimewa bas pengantara MRT termasuk tempat duduk untuk Ibu & Kanak-kanak, tempat duduk keutamaan serta tempat duduk biasa. Bas ini juga mempunyai satu kawasan khas untuk orang kelainan upaya (OKU) serta loceng istimewa untuk golongon OKU. Bas ini turut dilengkapi dengan kamera keselamatan (CCTV). Kapasiti bas pada satu masa ialah 62 orang penumpang di mana 28 tempat duduk serta 34 berdiri.

Tujuan pengenalan perkhidmatan bas perantara ini adalah untuk memudahkan pengguna MRT untuk berulang alik meliputi kawasan sekitar 10 kilometer dari setiap stesen. Rapid Bus merupakan syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengoperasikan perkhidmatan bas perantara MRT ini.

Orang ramai digalakkan untuk mencuba perkhidmatan bas perantara ini secara percuma sehingga 16 Januari 2017.

Untuk maklumat lanjut mengenai laluan bas perantara, sila rujuk http://www.spad.gov.my/land-public-transport/buses/mrt-feeder-bus-routes