Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Simposium Rel Berkelajuan Tinggi ke-2: Berkongsi Pengalaman Shinkansen Selepas 51 Tahun Beroperasi

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

29 April, 2016 - SPAD telah turut serta di dalam Simposium Rel Berkelajuan Tinggi ke-2: Berkongsi Pengalaman Shinkansen selepas 51 tahun beroperasi. Acara tersebut telah dihoskan oleh: Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT), Kementerian Luar Negera (Jepun), Kementerian Ekonomi (Jepun), Perdagangan dan Industri (Jepun), Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO), Perkhidmatan Teknikal Rel Jepun (JARTS) dan Persatuan Sistem Rel Jepun Luar Negara (JORSA). Acara tersebut telah dianjurkan bersama SPAD. Turut menghadiri majlis bagi memberikan kata aluan adalah YB Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia, T.Y.T. Encik Junzo Yamamoto, Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (Jepun) dan Dr. Yuri Sato, Naib Presiden Eksekutif, JETRO.

Pengerusi SPAD, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Jaafar Albar telah diundang untuk menyampaikan ucaptama dan juga sebagai moderator panel perbincangan mengenai rel berkelajuan tinggi yang turut disertai oleh ahli-ahli panel: Encik Mohd Azharuddin bin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Yuji Fukasawa, Naib Presiden Eksekutif, East Japan Railway Company, Encik Max Wen - Liang Liu, Penolong Naib Presiden, Taiwan High Speed Rail Corporation dan Dr. Kazuaki Hiraishi, Unit Dasar dan Hal Ehwal Perniagaan Awam, Institut Penyelidikan Mitsubishi, Inc.