Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

SPAD Komited Untuk Mencari Penyelesaian Komprehensif Bagi Mewujudkan Persaingan Yang Adil Untuk Industri Teksi

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Industri teksi merupakan salah satu bahagian penting dalam ekosistem pengangkutan awam darat di negara. Malah teksi memainkan peranan besar dalam memberikan tanggapan awal terhadap kualiti sistem pengangkutan awam bandar. SPAD membayangkan perkhidmatan teksi yang disediakan di GKL/KV bakal menjadi setaraf dengan standard terbaik teksi di ASEAN.

Setiap kali SPAD merancang untuk membawa perubahan dan penambahbaikan untuk industri

teksi, pendekatan yang diamalkan adalah proses perundingan dan perjumpaan yang merangkumi siri mesyuarat, dialog dan sesi perbincangan.

Namun begitu, suasana kini bukan seperti dahulu lagi bagi industri teksi negara. Oleh itu industri teksi perlu bersedia untuk menerima dan bergerak seiring dengan arus teknologi dan berkembang secara lebih bersepadu, dengan perkhidmatan yang diperkemas, garis panduan dan peraturan yang lebih jelas untuk dikawal selia. Persaingan juga mesti dilihat sebagai batu loncatan dan bukan halangan agar perkhidmatan terbaik dapat dinikmati oleh pengguna.

Mengorak langkah ke hadapan, SPAD juga berpendapat bahawa model perniagaan bagi industri perkhidmatan teksi memerlukan transformasi. Pada masa yang sama, perkembangan teknologi, kehendak pengguna serta isu perundangan menjadi pendorong utama bagi industri teksi menambahbaik taraf perkhidmatan selari dengan perubahan arus zaman.

Mengambil kira perspektif ini, SPAD telah melaksanakan makmal teksi pada Disember 2015, yang menumpukan usaha ke arah transformasi industri teksi secara strategik untuk memenuhi permintaan pada masa ini.

Fokus utama Makmal Teksi tersebut adalah untuk mencari model perniagaan yang optimum bagi industri teksi, meningkatkan ketersediaan perkhidmatan semasa waktu puncak dan pada waktu lain apabila penawaran perkhidmatan berada pada tahap lebih rendah, mempertingkatkan kecekapan dan tingkah laku pemandu, memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik dan menggalakkan penggunaan inovasi teknologi. Dari perbincangan yang diadakan di dalam makmal teksi  tersebut, lima perkara utama telah dibangkitkan dalam usaha untuk mentransformasikan industri:

  • Memperbaiki kebajikan dan meningkatkan pendapatan pemandu teksi individu;
  • Menggalakkan penggunaan teknologi untuk meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan teksi;
  • Menyelaraskan operasi teksi di lapangan terbang;
  • Memperbaiki kualiti dan tingkah laku pemandu teksi;
  • Menyeragamkan ciri-ciri utama perkhidmatan industri teksi bagi meningkatkan kecekapan

Justeru itu, SPAD telah meneliti cadangan-cadangan yang dikemukakan dari hasil pertemuan dan makmal teksi bagi menangani dua isu utama industri teksi; (i) pendapatan dan kebajikan pemandu teksi dan (ii) isu kereta sewa yang menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mencari penyelesaian paling berkesan bagi semua pihak termasuk pemandu, pengendali dan penumpang. Sehubungan itu, pada akhir suku pertama 2016, SPAD telah mengemukakan satu cadangan yang komprehensif untuk mewujudkan persaingan yang adil bagi semua pihak dalam industri teksi kepada Majlis Ekonomi. Cadangan ini akan dikemukakan kepada Kabinet untuk kelulusan.

image