Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
media centre

SPAD MENGGANTUNG PERMIT KENDERAAN PENGENDALI BAS PEKERJA BERIKUTAN TRAGEDI DI JURU, BUKIT MERTAJAM

Printer-friendly versionSend by emailPDF version
Wednesday, 25 October 2017

KENYATAAN MEDIA

SPAD MENGGANTUNG PERMIT KENDERAAN PENGENDALI BAS PEKERJA BERIKUTAN TRAGEDI DI JURU, BUKIT MERTAJAM

KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2017:  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menzahirkan rasa simpati dan merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas bas pekerja yang mengorbankan lapan nyawa di kilometer 147, berhampiran Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam baru-baru ini.

Berikutan tragedi tersebut, Suruhanjaya telah menggantung permit setiap kenderaan milik kedua-dua pengendali tersebut – KJJ Maju Enterprise dan Icon Tours Sdn Bhd – pada 24 Oktober 2017 bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh  Bahagian Pematuhan  dan Audit Keselamatan SPAD ke atas kedua-dua pengendali  berdasarkan piawaian Kod Amalan Keselamatan Industri (Industrial Code of Practice atau ICOP).

SPAD akan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD 2010) ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.

Keselamatan pengguna jalan raya dan pengendalian kenderaan awam darat di jalan raya senantiasa menjadi keutamaan bagi SPAD. Di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali SPAD, kesemua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung tahap amalan keselamatan tertinggi.

SPAD ingin menegaskan bahawa tindakan undang-undang yang tegas akan dikenakan terhadap pengendali yang didapati cuai di dalam pengurusan operasi. Bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan, lesen pengendali syarikat bas boleh digantung atau dibatalkan.

|Muat Turun Fail|

Media