Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
media centre

FASA 1 MYBAS KUALA TERENGGANU DILAKSANAKAN LEBIH AWAL DARIPADA JANGKAAN

Printer-friendly versionSend by emailPDF version
Friday, 9 March 2018

KENYATAAN MEDIA

FASA 1 MYBAS KUALA TERENGGANU DILAKSANAKAN LEBIH AWAL DARIPADA JANGKAAN

9 MAC 2018, KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan sepenuhnya Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) akan dioperasikan pada 11 Mac 2018, iaitu lebih awal daripada jangkaan sebelum ini (15 Mac 2018). 

Laluan-laluan utama baru iaitu T102 dari Kuala Terengganu ke Jeti Merang dan T301 dari Kuala Terengganu ke Marang, bersama-sama laluan T202 (Kuala Terengganu – Bukit Payung) dan F100 (laluan pengantara Kuala Terengganu) yang telah mula beroperasi 1 Mac lalu, akan melengkapkan pelaksanaan Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu, dengan jarak terkumpul hampir 100km. Sebelas (11) bas mini berkapasiti 38 penumpang, telah disediakan bagi pelaksanaan Fasa 1 ini.

Perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu yang bermula pada 11 Mac 2018:

BAS

LALUAN

MAKLUMAT OPERASI

T102

Kuala Terengganu – Jeti Merang melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Waktu operasi:
Ahad-Khamis: 6:00 am–7:30 pm
Jumaat: 6:00 am – 7:30 pm
Sabtu: 7:00 am – 7:00 pm

Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 90 minit

T301

Kuala Terengganu – Marang

Waktu operasi:
Ahad-Khamis: 6:00 am–7:30 pm
Jumaat: 6:00 am – 7:30 pm
Sabtu: 7:00 am – 7:00 pm

Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 90 minit

Bagi mendapatkan maklumat terkini yang lebih terperinci mengenai perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu, orang ramai boleh melayari www.maralinergroup.my atau melalui Facebook.com/MARALinerSdnBhd atau Twitter @MaralinerGroup.

Nota tambahan kepada pengarang:

Perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu Fasa 1 yang telah bermula pada 1 Mac 2018:

BAS

LALUAN

MAKLUMAT OPERASI

T202

 

Kuala Terengganu – Bukit Payung melalui Pasir Panjang

 

Waktu operasi:
Ahad-Khamis: 6:00 am–7:30 pm
Jumaat: 6:00 am – 7:30 pm
Sabtu: 7:00 am – 7:00 pm

Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 90 minit

F100

Kuala Terengganu – Pengantara

Waktu operasi:
Ahad-Khamis: 6:30 am–7:00 pm
Jumaat: 6:30 am – 7:00 pm
Sabtu: 7:00 am – 7:00 pm

Kekerapan:
Waktu puncak - 30 minit
Bukan puncak- 30 minit

|Muat Turun Fail|

Media