Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

-A A +A

Pembukaan Pusat Khidmat Pelanggan SPAD di JPJ Kuantan

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Jumaat, 18 Januari 2013

SPAD Wilayah Timur telah mewujudkan satu Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) di pejabat JPJ Kuantan mulai 2 Januari 2013 yang lalu. PKP ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. PKP ini terletak di Kompleks JPJ, Jalan IM 14/10, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

PKP menawarkan seluruh perkhidmatan termasuk permohonan lesen baru, permohonan pembaharuan lesen, permohonan ubah syarat, permohonan Kad Pemandu dan juga pengambilan Lesen Pengendali. Dengan wujudnya PKP ini, pihak SPAD dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan SPAD dan orang ramai khususnya di Negeri Pahang.