Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
media centre

Latihan Industri (SEED)

Kerjaya

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

  

Sedang mencari platform untuk memulakan kerjaya anda?

Di SPAD, kami menawarkan program pembangunan komprehensif khusus bagi graduan muda yang bercita-cita dalam membangunkan kerjaya dan menjadi sebahagian daripada projek transformasi negara.
Program latihan secara sistematik telah dirangka khusus seperti pusingan kerja dan penglibatan dalam pelbagai tugasan projek untuk melatih anda menghadapi cabaran dunia pekerjaan semasa.

Perjalanan anda menuju kecemerlangan bermula dengan kami!

Sepanjang tempoh program (dua) 2 tahun, anda akan melalui pelan pembangunan komprehensif yang telah direka khusus untuk anda.
Pendedahan kepada konsep pembangunan pengangkutan awam darat di bandar serta kemahiran kepimpinan.

Sebaik sahaja tamat program, anda akan diberi ditugaskan di jabatan tertentu berdasarkan kepada penilaian prestasi atau aspirasi kerjaya anda.

Struktur Pembelajaran Program

Anda akan menjalani pusingan kerja selama enam (6) bulan di pelbagai jabatan di SPAD yang akan mendedahkan anda kepada perkara-perkara berikut:

  • Operasi perniagaan SPAD secara menyeluruh.
  • Pembangunan polisi, perancangan, kajian dan tadbir urus.
  • Operasi dan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam darat.
  • Pengurusan projek.

Kelebihan

Faedah menarik menanti anda seperti:

  • Pakej gaji yang menarik dan kompetitif.
  • Pembangunan kerjaya yang terancang.
  • Bimbingan dan latihan oleh pakar-pakar terlatih dan berpengalaman.
  • Menyumbang kepada pembangunan negara melalui penglibatan dalam projek- projek transformasi.

Syarat -syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai ijazah sarjanamuda daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan PNGK minima 3.0 atau setaraf. Graduan yang mempunyai kurang daripada 2 tahun pengalaman bekerja adalah digalakkan untuk memohon.

Berminat untuk memulakan kerjaya anda bersama kami?
Hantarkan permohonan anda melalui e-mel kepada seed@spad.gov.my atau hubungi kami di talian 03 - 2726 7000 untuk maklumat lanjut.