Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
media centre

Lesen Perubahan Sementara (LPS) Untuk Hari Raya Aidilfitri 2017

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Selasa, 30 Mei 2017

Lesen Perubahan Sementara (LPS) Untuk Hari Raya Aidilfitri 2017

Seperti yang kita sedia maklum, perayaan Hari Raya Aidilfitri adalah dijangka jatuh pada 25 dan 26 Jun 2017. Telah menjadi kebiasaan, permintaan untuk perkhidmatan bas ekspres akan meningkat dalam tempoh beberapa hari sebelum dan selepas hari perayaan tersebut.

Oleh yang demikian, bagi menyediakan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan tersebut di atas, pengendali bas tambahan yang layak perlu memohon LPS. Permohonan tersebut boleh dikemukakan di mana – mana pejabat S.P.A.D negeri terdekat kecuali Ibu Pejabat bermula 1 Jun 2017 sehingga 16 Jun 2017. Sekiranya permohonan tersebut berjaya, tempoh sah laku LPS berkenaan ialah dari 22 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017. Pengendali boleh mengenakan kadar khas iaitu tambahan RM0.009 setiap kilometer ke atas tambang sedia ada, menjadikan kadar khas sebanyak 10.2 sen (RM0.102) bagi setiap kilometer sepanjang tempoh sah laku LPS tersebut.

|Muat Turun Fail|

Media