Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Keselamatan ICOP

Mengenai SPAD

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Latar Belakang

Program Latihan Keselamatan ICOP SPAD merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di kalangan pengendali pengangkutan berasaskan jalan raya di Malaysia. Program ini bermula pada tahun 2012 untuk pengusaha bas dan 2013 untuk pengendali kenderaan barangan. Latihan ini disasarkan kepada pihak pengurusan atasan dan syarikat pengendali untuk mewujudkan kesedaran dan juga memastikan pengendali mengutamakan keselamatan pada setiap masa.

Seksyen 23 (1) dan Seksyen 58 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) menyatakan bahawa pengendali berlesen dan kakitangan wajib memberi keutamaan untuk memastikan penumpang selamat, dan kenderaan barangan dijaga dalam keadaan baik. Selaras dengan keperluan ini, garis panduan Keselamatan ICOP SPAD telah dikuatkuasakan sebagai syarat pelesenan bagi pengusaha pengangkutan awam darat.

Elemen-elemen utama Program Keselamatan ICOP SPAD adalah seperti berikut:

  1. Kepimpinan pentadbiran dalam menganjur, merancang dan melaksanakan keselamatan
  2. Pengurusan keselamatan pemandu
  3. Pematuhan keselamatan kenderaan
  4. Penilaian risiko dan pengurangan risiko
  5. Pengurusan rekod yang cekap

Rasional dan Objektif Program

Malaysia mempunyai jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi, berdasarkan statistik pada tahun 2014 dengan nilai purata 19 kemalangan jalan raya pada setiap hari yang melibatkan kemalangan maut sebanyak 6,674 kematian dan 13,030 kecederaan akibat kemalangan jalan raya telah direkodkan. Kemalangan maut mempunyai kesan negatif yang besar terhadap sosio-ekonomi Negara.

Semua pengusaha bas dan kenderaan berat yang telah diberi lesen oleh SPAD hendaklah mematuhi semua aspek keselamatan yang terkandung dalam rangka kerja pelesenan.

Oleh itu, perubahan tingkah laku dan amalan keselamatan oleh pengendali pengangkutan awam darat harus dipraktikkan agar jumlah kematian dan kemalangan jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan.

Objektif Program Keselamatan ICOP SPAD adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan asas bagi amalan kawal selia kendiri oleh pengendali Pengangkutan Awam Darat
  2. Menerapkan budaya keselamatan di kalangan pengusaha Pengangkutan Awam Darat
  3. Memupuk kesedaran dan pematuhan di kalangan pengusaha mengenai Syarat Keselamatan ICOP SPAD.

*Sumber: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)