Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
contact SPAD

Penguatkuasaan

Mengenai SPAD

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Melindungi penumpang melalui penguatkuasaan harian pengangkutan awam.

Dalam matlamat untuk memastikan rakyat disediakan dengan pengangkutan awam yang selamat, boleh dipercayai dan sah, Bahagian Penguatkuasaan SPAD kerap menjalankan operasi harian untuk memantau prestasi perkhidmatan pengusaha pengangkutan awam darat berdasarkan syarat dan peraturan yang digariskan dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).

Menerusi APAD 2010, pegawai penguatkuasa SPAD telah diberikan kuasa penguatkuasaan penuh termasuk mengenakan denda di dalam kes penipuan, menahan pesalah, dan mengadakan sekatan jalan raya. Hukuman bagi kesalahan turut dipertingkatkan, dimana jika melanggar syarat pelesenan, denda maksimum adalah sebanyak RM500,000 dan penjara dua tahun.

Pegawai SPAD mempunyai pelbagai tugas termasuk: menguatkuasakan peraturan dan syarat pelesenan APAD 2010; memeriksa pengangkutan awam darat dan kenderaan barangan untuk memastikan ia sesuai digunakan di jalan raya; memastikan kenderaan mempunyai lesen yang sah dan dokumen lain; memeriksa pemandu, konduktor dan pemandu ganti yang layak untuk bekerja; memeriksa tiket perjalanan untuk kesahihan; dan membanteras ulat tiket yang menyediakan pengangkutan untuk penumpang.

Untuk melakukan tugas ini dengan berkesan, pegawai penguatkuasa SPAD menjalankan operasi dengan kerjasama pegawai penguatkuasa dari agensi-agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan.