Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azharuddin bin Mat Sah

Mengenai SPAD

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Salam sejahtera dan selamat datang ke laman sesawang SPAD.

Ekosistem pengangkutan awam darat di Malaysia kini berada di fasa perkembangan yang penting. SPAD terus komited untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan awam darat yang dinamik dan bersalinghubung bagi membolehkan pengguna untuk sampai ke destinasi mereka dengan efisien. Mengorak langkah ke hadapan, kami akan menambahbaik sistem pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia melalui inisiatif-inisiatif yang mendatangkan hasil yang menggalakkan.

image

Laman sesawang baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk terus menyediakan maklumat yang terkini mengenai pembangunan dan aktiviti-aktiviti pengangkutan awam darat bagi pengguna dan pihak berkepentingan kami. Anda juga boleh mengikuti perkembangan SPAD melalui Facebook dan Twitter, untuk maklumat terkini mengenai projek serta perkhidmatan yang akan datang.

Terima kasih kerana melawat laman sesawang SPAD dan saya berharap anda akan memperoleh manfaat daripada maklumat yang terkandung di sini. 

Yang ikhlas,

ENCIK MOHD AZHARUDDIN BIN MAT SAH
Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat