Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Mengenai Kami

Mengenai SPAD

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
image

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah ditubuhkan secara rasminya pada 3 Jun 2010 selepas Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan oleh Parlimen pada bulan Mei 2010. SPAD mendapat kuasa sepenuhnya pada 31 Januari 2011 dengan pewartaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. SPAD yang terletak di bawah bidang kuasa YAB Perdana Menteri, mempunyai fungsi untuk merangka polisi, merancang dan mengawal selia semua pengangkutan awam darat negara seperti rel, bas, teksi, serta kenderaan barangan melalui jalan raya dan kereta api.

SPAD juga memainkan peranan dalam bidang penguatkuasaan bagi pengangkutan awam darat di Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Menambahbaik pengangkutan awam darat adalah salah satu agenda Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Pelan Transformasi Kerajaan yang dimulakan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2009. SPAD terus memainkan peranan penting dalam usaha membaikpulih pengangkutan awam darat di Malaysia. Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 menyatakan bahawa SPAD hendaklah mencadangkan dasar dan pelan yang melibatkan pengangkutan awam darat 

selaras dengan dasar dan pelan yang diluluskan. Ini bertujuan untuk memastikan pengangkutan awam darat negara selamat, dipercayai, cekap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu dan lestari di samping memastikan penyediaan perkhidmatan yang berpatutan bagi pengguna dan perkhidmatan yang kompetitif bagi kenderaan barangan.

Dengan berkuatkuasanya Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, SPAD mengambil alih fungsi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan, Jabatan Keretapi dan pelesenan kenderaan pelancongan di Semenanjung Malaysia. Pada masa ini, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan, Jabatan Keretapi dan Kementerian Pelancongan meneruskan pelaksanaan kuasa masing-masing di Sabah dan Sarawak.