Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Pengerusi, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar

Mengenai SPAD

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya mengalu-alukan anda ke laman sesawang rasmi SPAD.

Sebagai perancang dan pengawal selia bagi pengangkutan awam darat di Semananjung Malaysia, SPAD percaya bahawa kejayaan yang berterusan di negara ini bergantung kepada rangkaian pengangkutan yang cekap dan unggul yang berubah seiring dengan keperluan negara. Bagi merealisasikan Agenda Transformasi Kerajaan yang utama ini, empat strategi telah dilaksanakan apabila SPAD diwujudkan pada tahun 2010: Mengukuhkan rangka kerja kawal selia; Meningkatkan kapasiti pengangkutan; Menggalakkan kesalinghubungan yang lancar dan Mewujudkan mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan yang mantap.

Pada tahun 2013, Kerajaan telah meluluskan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara bagi tahun 2012-2030. Rancangan ini menggariskan hala tuju pembangunan pengangkutan awam darat dan matlamat bagi mencapai perkongsian mod penggunaan pengangkutan darat sebanyak 40% bagi kawasan bandar pada tahun 2030. Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara juga menggariskan sasaran, strategi, dan dasar-dasar yang akan memandu perancangan pengangkutan awam darat di seluruh Semenanjung Malaysia untuk menuju ke arah mobiliti masa hadapan yang bertumpukan orang awam.

Prestasi ketepatan masa adalah salah satu perkara yang diutamakan oleh SPAD untuk meningkatkan tahap kebolehpercayaan dan mutu perkhidmatan mod bagi memenuhi kepuasan rakyat. Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan (CSI) yang mengumpulkan maklum balas orang ramai terhadap pengangkutan awam darat di Malaysia telah mencatatkan peningkatan dalam indeks kepuasan dari 48% (2010) kepada 74% (2015). Menurut kajian tersebut, pengguna paling berpuas hati dengan perkhidmatan rel, seperti LRT, KTM dan ERL. Ini menunjukkan SPAD berada di landasan yang betul, namun begitu perjalanan untuk meningkatkan liputan dan integrasi sudah tentunya akan tetap ada cabaran-cabarannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, SPAD tetap komited untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat untuk menjadi mod pilihan rakyat.

Saya berharap laman sesawang ini dapat memberi informasi yang lebih lanjut mengenai inisiatif dan projek yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya secara sinergi bersama pihak-pihak berkepentingan. Saya juga menjemput anda untuk berkongsi cadangan, pandangan dan maklum balas anda kepada kami melalui aduan@spad.gov.my.

Terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. SYED HAMID BIN SYED JAAFAR ALBAR
Pengerusi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat