Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Bidang Keberhasilan Utama Negara untuk Pengangkutan Awam Bandar

Mengenai SPAD

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

image

Kawasan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang (GKL/KV) yang merupakan pusat perniagaan dan pentadbiran utama Malaysia dijangka akan mencapai jumlah penduduk seramai 10 juta orang menjelang tahun 2020. Bagi memenuhi keperluan yang tinggi, infrastruktur pengangkutan awam perlu dinaik taraf secara signifikan selari dengan perubahan arus zaman.

Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara – Pengangkutan Awam Dalam Bandar (NKRA-UPT) diberikan mandat bagi mensasarkan kejayaan pada kadar yang segera, yang mampu mewujudkan kesan impak terbesar dengan menumpukan fokus kepada GKL/KV. Matlamat akhir adalah untuk menggalakkan peningkatan jumlah pengguna dan nisbah mod pengangkutan awam untuk mencapai 40 peratus pada tahun 2030.

Pencapaian NKRA 2014

(Sumber: http://www.pemandu.gov.my/gtp/)

BRT Sunway

NKRA UPT juga berhasrat untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang memandu kenderaan persendirian untuk ke GKL dan terpaksa menghadapi masalah lalu lintas setiap hari. Justeru itu, untuk menjadikan bas sebagai pilihan yang lebih berdaya maju di GKL/KV, perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) yang pertama di Malaysia telah siap dan dilancarkan pada tahun 2015. Laluan Sunway BRT sepanjang 5.4km beroperasi di pinggir bandar Sunway dan Subang Jaya yang sibuk serta menawarkan dan berkhidmat untuk kira-kira 500,000 penduduk.

image

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (BNR)

Kawasan GKL/KV juga menyaksikan pelaksanaan Penyusunan Rangkaian Semula Bas Henti-henti (BNR) untuk memperbaiki perkhidmatan bas dan pada yang sama mengurangkan perkhidmatan yang tidak sekata. Selain itu, BNR juga bertujuan untuk meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan bas dengan membolehkan rakyat menikmati akses yang lebih kerap serta lebih luas. Penyusunan BNR juga memperkenalkan sistem penomboran laluan bas yang diseragamkan

kepada semua pengendali. Dalam usaha kami untuk meningkatkan lagi sambungan bas di kawasan pusat perdagangan (CBD), sebanyak 20 bas GoKL baru juga telah diperkenalkan pada 2015 dan setakat ini secara purata 38,000 penumpang menggunakan perkhidmatan ini setiap hari. Pembaharuan rangkaian pengangkutan bagi kawasan GKL/KV adalah keutamaan bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia untuk perjalanan ke destinasi yang diingini dengan mudah.

Pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak

Pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak akan melihat pengalihan lebih 400 bas ekspres bagi koridor Timur dan Utara daripada memasuki pusat bandar. Projek ini adalah projek yang kedua daripada tiga rancangan ITT dimana projek pertama memenuhi keperluan bas bagi Koridor Selatan yang telah mula beroperasi di Bandar Tasik Selatan (TBS) pada tahun 2011 dan akan terus mengurangkan keseluruhan kesesakan lalu lintas di kawasan GKL/KV yang pesat membangun.

Memperluaskan Rangkaian Rel

Melalui usaha bersepadu di bawah NKRA UPT, mutu pengangkutan awam darat akan terus dipertingkatkan dengan penambahan kemudahan serta pengenalan rangkaian projek-projek rel berskala besar yang akan dilaksanakan pada tahun 2016. Ini juga termasuk projek sambungan Laluan Ampang yang kini beroperasi pada bulan Mac 2016 dan Laluan Kelana Jaya yang bakal beroperasi pada bulan Jun 2016. Manakala, sebahagian dari projek Transit Aliran Massa (KVMRT) Laluan 1 dari Sungai Buloh ke Semantan dijangka siap pada akhir tahun 2016. Keseluruhan Laluan 1 (dari Sungai Buloh ke Kajang) dijangka akan dilancarkan pada Julai 2017.

Bajet 2015 juga menyaksikan YAB Perdana Menteri meluluskan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan 3 di bawah Skim Keretapi. Projek ini akan melibatkan pembinaan laluan LRT baru dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang. Laluan sepanjang 37.2km meliputi 26 stesen akan beroperasi menjelang Ogos 2020. Tambahan kepada penyambungan ini adalah MRT Laluan 2 yang dijangka akan meningkatkan lagi mobiliti di daerah GKL/KV selepas membuka dua fasa baru yang menghubungkan Sungai Buloh melalui Serdang dan Putrajaya. Fasa 1 MRT Laluan 2 dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu dijangka akan dibuka pada Julai 2021, manakala Fasa 2 yang menghubungkan Kampung Batu ke Putrajaya Sentral akan dibuka pada Julai 2022.

Mentransformasikan Industri Teksi Secara Bersepadu

SPAD juga berperanan dalam memperbaiki semua mod pengangkutan awam yang lain untuk perjalanan awal dan akhir, termasuk perkhidmatan teksi. Dengan itu, SPAD telah melaksanakan makmal teksi pada Disember 2015 yang memberi tumpuan kepada strategi yang sejajar dengan industri untuk memenuhi permintaan pada masa kini. Ini juga termasuk usaha untuk mencari model perniagaan yang optimum bagi industri, meningkatkan perkhidmatan yang sedia ada, meningkatkan kecekapan dan tingkah laku pemandu dan menggalakkan penggunaan inovasi teknologi.

(Source: http://www.pemandu.gov.my/gtp/)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai impak kesan yang dipandu oleh NKRA (UPT), sila klik di sini:


Laporan Tahunan GTP 2013
Laporan Tahunan GTP 2012