Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara

Mengenai SPAD

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

image

Untuk maklumat lanjut mengenai Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara Klik Disini.

SPAD telah membangunkan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara untuk menetapkan wawasan dan hala tuju pengangkutan awam darat di Malaysia. Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara tersebut telah ditandatangani dan diluluskan oleh Parlimen pada 16 Oktober 2013.

Wawasan Rancangan Induk adalah seperti di bawah:

Memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, berpatutan dan lestari untuk meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi dan kualiti hidup.

Tujuan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara adalah untuk membangunkan program jangka panjang bagi menangani kemerosotan semasa dalam pengangkutan awam darat dan membina perkhidmatan pengangkutan awam darat yang berkualiti dan lestari untuk negara dengan melaksanakan inisiatif penyampaian berimpak tinggi dan berkesan. Matlamat pengangkutan awam darat adalah untuk memacu cita-cita Wawasan 2020 dan 1Malaysia. Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju sepenuhnya bagi mengekalkan pertumbuhan sebanyak 7% setahun menjelang 2020. 1Malaysia pula bertujuan untuk menjadi asas kepada wawasan ini, dengan matlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian budaya di Malaysia.

Apakah kandungan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara?

Prinsip panduan bagi Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara termasuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang dapat memberikan peningkatan aksesibiliti dan kesalinghubungan, kapasiti dan kualiti keseluruhan. Penambahbaikan ini akan mendorong pemindahan modal, kebolehpercayaan dan kualiti perkhidmatan yang lebih baik serta memberi manfaat kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Selain itu, Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara telah menetapkan asas bagi Dasar Pengangkutan Awam Darat Negara, dan menyediakan rangka untuk pembangunan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Wilayah (LPTMP). Ini merangkumi panduan untuk menetapkan objektif pembangunan pelan dan menilai dasar. Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Wilayah ini boleh digabungkan secara berperingkat dengan dokumen perancangan lain seperti Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan untuk diintegrasikan dengan dasar penggunaan tanah. Ini juga menetapkan rangka kerja bagi pembangunan dan kelulusan rancangan serta memastikan dana yang bersesuaian diperoleh untuk pembinaan infrastruktur yang menguntungkan rakyat.

Apakah kandungan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater KL/Lembah Klang?

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater KL/Lembah Klang merupakan yang pertama daripada Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Wilayah yang dibangunkan oleh SPAD dan menyediakan rangka kerja untuk pembangunan pengangkutan awam darat di wilayah ini. Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi Greater KL/Lembah Klang menetapkan objektif “Untuk mencapai kedudukan 20 teratas dalam pertumbuhan ekonomi bandar serta menjadi antara 20 bandar yang paling sesuai didiami di dunia menjelang 2020” melalui Sembilan Projek Permulaan (EPP).

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater KL/Lembah Klang terdiri daripada satu siri Rancangan Subsidiari termasuk:

  • Rancangan Pembangunan Rel Bandar;
  • Rancangan Transformasi Bas;
  • Rancangan Transformasi Teksi;
  • Rancangan Integrasi dan Pertukaran;
  • Rancangan Guna Tanah; dan
  • Rancangan Pengurusan Permintaan Perjalanan

Rancangan Subsidiari menyediakan rancangan pengangkutan awam darat bersepadu untuk wilayah Greater KL/Lembah Klang.