Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
bus

Keselamatan ICOP SHE

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Program Keselamatan SPAD ICOP (Tata Amalan Keselamatan Industri Pengangkutan Awam Darat) untuk perkhidmatan bas telah ditubuhkan pada tahun 2012 dengan tujuan untuk:

  • Memastikan penerapan nilai-nilai keselamatan oleh pengendali di setiap peringkat organisasi
  • Memastikan amalan budaya keselamatan diguna pakai oleh setiap pengendali pengangkutan awam

Terdapat lima elemen utama yang membentuk rangka Program ICOP Keselamatan untuk Perkhidmatan Bas

  1. Pengurusan dan pemantauan program SHE
    • Pengurusan syarikat hendaklah memainkan peranan aktif dan komited untuk melindungi keselamatan kakitangan dan orang ramai.
  1. Pengurusan pemandu
    • Pengurusan syarikat hendaklah memimpin dan melaksanakan program pengurusan pemandu berdasarkan amalan terbaik yang merangkumi prosedur pengambilan pekerja, latihan pemandu, giliran pemandu, disiplin pemandu, insentif pemandu, kebajikan pemandu, jadual pemandu dan waktu operasi serta amalan sistem merit dan demerit.
  2. Pengurusan kenderaan
    • Program pengurusan kenderaan hendaklah memastikan bahawa setiap kenderaan berada dalam keadaan yang selamat dan optimum untuk setiap perjalanan. Program ini berasaskan kepada amalan terbaik dari aspek penyelenggaraan kenderaan, pemeriksaan kenderaan, pematuhan kepada piawaian teknikal, peralatan keselamatan dan pemeriksaan kenderaan sebelum perjalanan.
  3. Pengurusan risiko perjalanan
    • Menggariskan langkah-langkah pengurangan risiko ialah faktor penting untuk setiap perjalanan yang selamat. Oleh itu, pihak pengurusan syarikat hendaklah memastikan pusat kawalan pemandu memainkan peranan untuk memantau tingkah laku pemandu melalui sistem GPS.
    • Rekod GPS perlu diperiksa setiap hari dan diteliti oleh pegawai penyelia untuk mendisiplinkan pemandu yang melebihi had kelajuan.
    • Faktor persekitaran seperti kawasan berbukit, banjir, haiwan melintas, kerja pembaikan jalan, dan risiko di jalan raya ialah beberapa faktor penting yang perlu ditangani oleh pengurusan syarikat.
  4. Pengurusan rekod
    • Data dan rekod kemalangan, aduan, latihan, pengurusan kenderaan, pengurusan pemandu, dan pengurusan risiko perjalanan, audit dan jawatankuasa SHE perlu didokumenkan dengan teratur sebagai bahan rekod yang mudah untuk disemak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Keselamatan ICOP SPAD untuk perkhidmatan bas, sila rujuk kepada buku panduan ini: Buku Panduan SPAD ICOP – Keselamatan untuk Pengendali Bas.

Pengangkutan Awam Darat