Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
bus

Laluan Bas Pengantara MRT

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Perkhidmatan Bas Pengantara untuk MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) Fasa 1

image

Semua 12 buah stesen sepanjang MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) Fasa 1 akan mempunyai 112 buah bas pengantara yang akan beroperasi di sepanjang laluan tersebut bermula 16 Disember 2016. 

Perkhidmatan ‘first and last mile’ ini akan meliputi jarak sepanjang 256.3km di bawah Fasa 1 dengan frekuensi optimum setiap 10 minit. Kapasiti bas pada satu masa ialah 62 orang penumpang di mana 28 tempat duduk serta 34 berdiri. Ciri istimewa bas pengantara MRT termasuk tempat duduk untuk Ibu & Kanak-kanak, tempat duduk keutamaan serta tempat duduk biasa.

Bas ini juga mempunyai satu kawasan khas untuk orang kelainan upaya (OKU) serta loceng istimewa untuk golongon OKU. Bas ini turut dilengkapi dengan kamera keselamatan (CCTV). 

Sila lihat bawah untuk laluan-laluan bas pengantara dari semua 12 stesen di bawah Laluan Sungai Buloh - Fasa Kajang (SBK) Fasa 1.

Muat turun laluan-laluan bas perantara MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang ( SBK ) Fasa 2 di sini.

Pengangkutan Awam Darat