Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
bus

Memudahkan Perjalanan Penumpang di Daerah Pusat Perdagangan (CBD) Kuala Lumpur

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

GoKL adalah perkhidmatan bas percuma yang diperkenalkan untuk menawarkan alternatif yang berdaya maju bagi penumpang untuk perjalanan dalam Daerah Pusat Perdagangan (CBD) Kuala Lumpur.

Perkhidmatan bas ini diwujudkan sebagai perkhidmatan bas pengantara yang menyediakan kesalinghubungan perjalanan akhir dengan mengintegrasikan mod pengangkutan awam yang lain. Pada mulanya, perkhidmatan GoKL terdiri daripada dua laluan iaitu laluan hijau bagi KLCC-Bukit Bintang dan laluan ungu untuk Pasar Seni-Bukit Bintang. Perkhidmatan ini telah diperkembangkan pada tahun 2014 dengan pengenalan dua laluan baru iaitu laluan biru dan laluan merah yang merangkumi Medan Mara-Bukit Bintang dan KL Sentral-Jalan Tuanku Abdul Rahman.

image

Waktu Operasi Bas GoKL:

Hari Waktu Operasi
Hari Bekerja 6:00 pagi – 11:00 malam
Hujung Minggu dan Cuti Am 7:00 pagi – 11:00 malam

Kekerapan Perkhidmatan Bas GoKL:

Masa Kekerapan
Hari Bekerja – Waktu Puncak
(7:00pagi – 10:00pagi & 4:00petang– 8:00malam
Setiap 5 minit
Lain-lain Setiap 10 minit

image

Laluan Bas GoKL:

Laluan Perkhidmatan HIJAU UNGU MERAH BIRU
Laluan Operasi KLCC-Bukit Bintang Pasar Seni-Bukit Bintang Terminal Bas Jln Tun Razak-KL Sentral Terminal Bas Jln Tun Razak – Bukit Bintang
Jarak Liputan (km) 7 9 13 12
Bilangan Hentian 14 15 21 20
Jumlah Bas 7 9 9 9
Purata Perjalanan Harian 123 123 123 123

Bas-bas baru yang diperkenalkan pada 2015 dilengkapi dengan ciri-ciri utama seperti kapasiti 65 penumpang, perkhidmatan WIFI percuma, pengumuman setiap hentian, dan sistem pengesanan global (GPS) yang membolehkan SPAD memantau pergerakan bas serta memastikan kecekapan yang lebih tinggi untuk perkhidmatan ini. Bas GoKL juga dilengkapi dengan ciri-ciri mesra OKU seperti tanjakan dan ruang kerusi roda.

Pengangkutan Awam Darat