Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
bus

Menjadikan Bas Pilihan yang Lebih Menarik

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

 

Bas memainkan peranan penting dalam sistem pengangkutan secara keseluruhan kerana ia merupakan kesalinghubungan perjalanan pertama dan akhir di bandar-bandar serta kekal sebagai mod pengangkutan utama di kawasan yang tidak mendapat perkhidmatan pengangkutan awam darat yang lain.

Di Semenanjung Malaysia, bilangan penumpang tahunan bas berhenti-henti bagi tahun 2014 berjumlah 68 juta untuk selain daripada kawasan Kuala Lumpur dan 155 juta untuk Kuala Lumpur sahaja. Ini mewakili kira-kira 70% daripada jumlah penumpang bas berhenti-henti di Malaysia.

Dengan dana RM470 juta yang diperuntukan sejak 2012, SPAD telah mengekalkan perkhidmatan bas berhenti-henti melalui Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-Henti (ISBSF). Program ISBSF ini melibatkan 175 pengusaha bas berhenti-henti dan 659 laluan ini telah memberi manfaat kepada lebih 330,000 penumpang setiap hari.

image

Berikutan ini, SPAD telah membangunkan perkhidmatan myBAS di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) pada tahun 2015 untuk menangani masalah yang dihadapi oleh industri bas henti-henti. Di bawah program ini, Kerajaan Persekutuan akan melaburkan RM100 juta untuk bandar-bandar tertentu diantaranya: Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuala Terengganu untuk meningkatkan mobiliti serta akses rakyat di mana bas henti-henti masih kekal sebagai tunjang pengangkutan awam.

Pada tahun 2015, sistem Bas Rapid Transit (BRT) yang pertama di Malaysia diperkenalkan iaitu BRT Laluan Sunway    landasan bertingkat   7 kilometer

dari Sunway Setia Jaya ke USJ 17 Subang Jaya yang diuruskan bersama oleh Prasarana dan Sunway Group.

Dalam 2015 juga menyaksikan SPAD melaksanakan inisiatif Penyusunan Semula Rangkaian Bas Berhenti-henti (BNR) untuk menambahbaik perkhidmatan bas berhenti-henti yang tidak sekata di Lembah Klang dengan meningkatkan kapasiti bas di laluan sesak serta menggunakan laluan baharu di kawasan yang kurang liputan untuk memacu rangkaian bas yang lebih luas. BNR juga akan menyelaraskan sistem penomboran laluan bas supaya ia diseragamkan bagi kesemua pengendali. Dalam tempoh pertengahan hingga jangka panjang, BNR juga bertujuan untuk membantu industri bas kekal mampan dengan mengelakan pertindihan bilangan pengendali bas di laluan terpilih.

image

Pengangkutan Awam Darat