Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
bus

Menyediakan perkhidmatan bas yang cekap dan boleh dipercayai untuk penumpang di seluruh Malaysia

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

image

Perkhidmatan bas berhenti-henti kekal sebagai mod pengangkutan berjadual yang utama bagi penumpang di luar Greater KL / Lembah Klang. Program SBST telah dilancarkan untuk memastikan perkhidmatan bas di luar kawasan Kuala Lumpur terjamin. Di bawah model perniagaan baru ini, SPAD sebagai badan perancang bertanggungjawab ke atas penyusunan rangkaian, jadual perjalanan kos operasi serta hasil kutipan tambang. SBST menawarkan laluan sosial baru untuk kawasan-kawasan yang tidak mendapat liputan perkhidmatan. SBST juga bertujuan untuk menghapuskan pertindihan laluan bagi memastikan liputan dan akses optimum kepada 80% daripada penduduk.

Program SBST memperkenalkan perkhidmatan myBAS yang dilaksanakan di bandar tertentu iaitu Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuala Terengganu. Bandar-bandar ini dipilih berdasarkan permintaan yang tinggi bagi bas berhenti-henti, yang masih popular di kalangan penduduk.

myBAS Kangar

Operasi myBAS di Kangar bermula pada 1 Ogos 2015 dan telah menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah penumpang. Perkhidmatan myBAS di Kangar juga telah meningkatkan akses dan liputan dari jumlah jarak laluan 124km kepada 337km. Ia menyediakan akses yang lebih baik kepada masyarakat bandar dan luar bandar melalui penyediaan 6 laluan utama dan 4 laluan perantara. Bagi laluan yang terpilih, kekerapan telah ditambahkan sebanyak dua kali ganda, manakala waktu perkhidmatan laluan utama telah dilanjutkan sehingga jam 9.00 malam.

Ini termasuk perkhidmatan laluan utama dari Kangar ke Arau yang beroperasi dengan kekerapan setiap 30 minit.

myBAS Seremban

Perkhidmatan MyBAS Seremban mula beroperasi pada Januari 2016 dan merangkumi sejumlah 22 laluan (17 laluan utama dan 5 laluan perantara) berbanding 19 laluan sebelum ini dan meliputi jarak 656km berbanding 459km yang sedia ada. Ia melibatkan 110 bas setiap hari untuk menyokong operasi bagi laluan yang dirancang.

Bas-bas di bawah inisiatif myBAS dilengkapi dengan sistem pengesanan dan pemantauan GPS yang merupakan syarat SPAD untuk semua pengendali yang mengambil bahagian dalam program ini. Sistem ini dikawal selia dan dipantau setiap hari oleh SPAD melalui Pusat Kawalan dan Pemantauan di ibu pejabat SPAD, Kuala Lumpur.

myBAS Ipoh

Perkhidmatan myBAS Ipoh Fasa 1 telah bermula pada 1 Jun 2016. Perkhidmatan myBAS di Ipoh menawarkan  penambahbaikan dari segi integrasi, pengenalan rangkaian laluan bas yang lebih luas serta menjadikan perkhidmatan bas yang boleh dipercayai untuk pengguna. 

Fasa 1 telah melancarkan 4 laluan utama: Stesen Bas Ipoh - Terminal Amanjaya (T30a), Stesen Bas Ipoh - Chemor (T30b, melalui Terminal Amanjaya), Stesen Bas Ipoh - RTC Gopeng (T34) dan Terminal Amanjaya - Stesen Bas Ipoh ( T37, melalui - Sultan Azlan Shah Airport) dan 2 laluan perantaraan (feeder): Oldtown Ipoh (F303) dan Bandaraya Ipoh - Jusco Ipoh (F304).

Fasa 2 telah melancarka pada 1 September 2016 dan akan meliputi jarak laluan sejumlah 312 km berbanding 132 km sebelum ini dan menawarkan 12 laluan utama dan 7 laluan perantaraan (feeder).

 

Pengangkutan Awam Darat