Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
bus

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Berhenti-Henti Greater KL dan Lembah Klang

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Perkhidmatan bas yang lebih baik untuk anda

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Berhenti-henti adalah salah satu daripada inisiatif SPAD untuk menambahbaik pengangkutan awam bandar di Malaysia.

Pada 1 Disember 2015, inisiatif Penyusunan Semula Rangkaian Bas Berhenti-henti (BNR) di Greater KL dan Lembah Klang telah dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Di bawah pelaksanaan BNR, koridor bas sedia ada telah disusun semula kepada koridor yang lebih kecil berdasarkan jalan utama yang menghubungkan Pusat Bandar Kuala Lumpur. Sejumlah 8 koridor telah disusun semula iaitu Koridor Ampang, Koridor Cheras, Koridor Sungai Besi, Koridor Klang Lama, Koridor Lebuhraya Persekutuan, Koridor Damansara, Koridor Jalan Ipoh, dan Koridor Jalan Pahang.

image

BNR bertujuan untuk menambahbaik perkhidmatan bas berhenti-henti di Greater KL / Lembah Klang dengan menyediakan kekerapan perkhidmatan bas yang lebih baik kepada penumpang dengan kawasan liputan yang lebih luas seterusnya akan meningkatkan kebolehpercayaan.

Maklumat Terkini mengenai BNR:

Tarikh Kenyataan Media
14 March 2016 REASSIGNMENT OF BNR BUS ROUTES 120, 121, 122 and T121 FOR JALAN IPOH CORRIDOR
29 Jan 2016 REASSIGNMENT OF 7 BNR BUS ROUTES TO RAPIDKL AND NADI PUTRA EFFECTIVE 1 FEBRUARY 2016
19 Dec 2015 REINSTATEMENT OF RAPIDKL TO TWO BUS ROUTES IN THE SUNGAI BESI CORRIDOR AND JALAN KLANG LAMA CORRIDOR
17 Dec 2015 SPAD DEPLOYING ADDITIONAL BUSES TO OVERCOME SHORTAGE, REDUCE WAIT TIME AND STABILISE SERVICES UNDER BUS NETWORK REVAMP
4 Dec 2015 SPAD WILL ENSURE BUS SERVICE IMPROVEMENTS CONTINUE
1 Dec 2015 BUS NETWORK REVAMP TAKES STAGE IN GREATER KUALA LUMPUR AND KLANG VALLEY TO DRIVE WIDER NETWORK COVERAGE AND RELIABILITY

Pengusaha Bas di bawah Inisiatif BNR:

Setiap satu daripada 8 koridor dalam rangkaian BNR mempunyai pengendali sama yang mempunyai kapasiti untuk memberikan perkhidmatan bas bagi sektor tersebut. Berikut adalah senarai pengendali bagi setiap Koridor untuk rujukan orang ramai semasa menggunakan perkhidmatan bas berhenti-henti di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang:

Koridor Pengusaha Kawasan Perkhidmatan
Koridor Jalan Ipoh RapidKL, Selangor Omnibus, Setara Jaya, Wawasan Sutera, Causeway Link Kepong, Segambut, Sentul, Rawang, Selayang, Sungai Buloh, Gombak
Koridor Jalan Pahang RapidKL, Len Seng Jalan Genting Klang, Hulu Klang, Gombak, Taman Melawati, Wangsa Maju, Setapak, Keramat, Semarak
Koridor Ampang RapidKL Pandan Mewah, LRT Ampang, Ampang Point, Jalan Ampang, KLCC
Koridor Cheras RapidKL, Sri Indah Kajang, Cheras, Taman Dagang, Taman Maluri, Pandan, Pudu, Bangi
Koridor Sungai Besi RapidKL, Sri Indah, Metrobus, Nadi Putra Putrajaya, Serdang, Seri Kembangan, Desa Petaling, Bandar Sungai Long
Koridor Jalan Klang Lama RapidKL, Metrobus Puchong, Klang Lama, Taman Desa, Petaling Jaya Selatan (PJS), Subang Jaya
Koridor Lebuhraya Persekutuan RapidKL, Cityliner, Seranas, Causeway Link, Wawasan Sutera Petaling Jaya, Subang Jaya, Subang Suria, Shah Alam, Alam Megah, Sri Muda, Bandar Klang, Banting, Kuala Selangor, Meru, Port Klang and around Klang
Koridor Damanasara RapidKL Damansara, Bandar Utama, Tmn Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Pusat Bandar Damansara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta, Bangsar, Pantai Dalam, Pantai Hill Park
 

|Muat turun laluan & jadual BNR| *Dikemas kini pada 4 Julai 2017*

Tambang Bas di bawah inisiatif BNR:

Di bawah BNR, tambang bas kekal dalam kadar siling yang diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan pada tahun 2009 seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

image

BNR bukan pelaksanaan statik, dan Suruhanjaya masih terbuka untuk mengkaji semula dan meneruskan usaha untuk meningkatkan laluan BNR berdasarkan maklum balas pengguna bas. Orang ramai digalakkan untuk menghubungi Hotline SPAD di talian 1800-88-7723, emel kepada aduan@spad.gov.my atau berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my atau Twitter @aduanSPAD atau @SPADchannel.

Pengangkutan Awam Darat