Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
bus

Perjalanan ke Seluruh Negara untuk Rakyat melalui Laluan yang Mudah dan Perjalanan Berjadual

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

image

Rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk perjalanan harian mereka setiap hari. Sama ada untuk tujuan kerja, cuti, atau pulang ke kampung sempena musim perayaan, bas ekspres sentiasa dianggap sebagai alternatif yang berdaya maju untuk perjalanan keretapi dan kereta.

Pada masa ini, terdapat lebih 100 pengendali menawarkan perkhidmatan bas ekspres kepada orang ramai di bawah bidang kuasa Suruhanjaya. SPAD bertindak sebagai pengawal selia untuk pengendali, dalam aspek-aspek keselamatan seperti memandu laju, memandu dengan cuai, dan pematuhan laluan termasuk memantau isu-isu seperti ulat tiket. Terdapat tiga jenis perkhidmatan bas ekspres yang terdapat di Malaysia:

Ekonomi

  • Penyaman udara

Eksekutif

  • Pelayan
  • Minuman ringan (Halal)
  • Penyaman udara

Premier

  • Pelayan
  • Makanan & minuman (Halal)
  • Penyaman udara
  • Lampu membaca
  • Alat media elektronik
  • Kerusi boleh condong dengan dulang makanan

Suruhanjaya mensyorkan Penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk membeli tiket dalam talian (tiket janaan komputer) atau dari kaunter tiket yang sah untuk mengelakkan ulat tiket. Maklumat pada tiket yang diterima perlu lengkap dengan butiran seperti berikut:

  • Nama pengendali bas ekspres/ Pembekal perkhidmatan
  • Lokasi berlepas dan lokasi destinasi
  • Tarikh dan waktu perlepasan dan ketibaan
  • Nombor tempat duduk
  • Harga tiket

Semakan bas

Sila masukkan nombor pendaftaran bas tambahan dan klik 'Semak Bas' bagi menentukan sekiranya bas tersebut telah mendapatkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) yang sah daripada SPAD.

Pengangkutan Awam Darat