Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
freight

Kenderaan Barangan

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Pengangkutan kenderaan barangan yang selamat, boleh dipercayai, dan juga dikawal selia adalah fokus utama Bahagian Kenderaan Barangan SPAD. Perubahan kini sedang dilaksanakan dan akan terus diperkenalkan untuk memastikan pasaran logistik Malaysia terus menyediakan perkhidmatan pengangkutan barangan yang mampan kepada industri dan rakyat Malaysia.

Unit Kenderaan Barangan SPAD menyediakan perkhidmatan untuk industri pengangkutan barangan seperti berikut:

1.     Pelesenan Kenderaan Barangan dan Pelesenan Pengendali

Pemberian Lesen Pengendali (OL) adalah salah satu inisiatif awal SPAD, dan direka bentuk untuk menyelaraskan rangka kerja pelesenan bagi pengusaha pengangkutan awam.

2.     Pembangunan Polisi

Bahagian Kenderaan Barangan telah menetapkan satu set polisi yang menyeluruh untuk memastikan pengusaha pengangkutan mematuhi syarat-syarat operasi dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh SPAD.

3.     Perjumpaan Pihak Berkepentingan

Meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu peraturan dan industri semasa pengangkutan barangan yang juga merupakan komponen utama dalam tugas SPAD. Oleh itu, mesyuarat, aktiviti penglibatan dan acara kerap diadakan oleh Bahagian Kenderaan Barangan dengan pihak berkepentingan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

4.     Strategi Pembangunan Industri

Strategi Pembangunan Industri oleh SPAD merupakan alat perancangan untuk mempertingkatkan perniagaan pengangkutan barangan negara. Unit Kenderaan Barangan komited mewujudkan strategi untuk kenderaan barangan, termasuklah penggabungan inisiatif yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain untuk menerajui ekonomi negara secara keseluruhan.

Strategi ini juga mengambil kira Strategi Transformasi Pengangkutan Barang, yang berkait dengan Pelan Transformasi yang telah ditetapkan oleh SPAD.

Pengangkutan Awam Darat