Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
tourism

Pengenalan

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Sejak ditubuhkan pada 2010, SPAD meneruskan usaha merancang, membangunkan dan mengawal selia pelbagai projek utama yang bertujuan untuk memperbaiki rangkaian pengangkutan awam darat negara. Tahun-tahun yang akan datang akan menyaksikan perlaksanaan pelbagai projek infrastruktur yang berskala besar seperti sambungan laluan LRTpembukaan perkhidmatan MRT Laluan 1projek landasan berkembar bagi laluan KTMB, serta implementasi MRT Laluan 2 dan 3 dan projek LRT3. Usaha-usaha untuk menambahbaik dan mengintergrasikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih teratur dan berkesan di Greater KL dan Lembah Klang juga sedang dilaksanakan.

Di samping pembangunan infrastruktur, SPAD juga akan menggunakan teknologi informasi untuk memperkenalkan aplikasi baru yang dikenali sebagai “Journey Planner”. Aplikasi ini bakal membawa satu arus pembaharuan bagi membantu pengguna merancang perjalanan mereka, menyediakan maklumat terkini apabila mereka menggunakan perkhidmatan rel dan bas di kawasan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang. 

Selain daripada pengenalan aplikasi “Journey Planner”, SPAD juga akan memperkenalkan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu (ICPS). Ia merupakan satu sistem yang membolehkan pengguna mengendalikan perjalanan di rangkaian rel dan mod pengangkutan yang berbeza tanpa perlu membeli tiket bagi setiap laluan dan pada masa yang sama sistem ini memperkenalkan pembayaran tanpa tunai bagi kemudahan rakyat.  

image

Pengangkutan Awam Darat