Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
rail

Perkhidmatan Rel untuk Masa Hadapan

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

image

Di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat, rangkaian rel terus menjadi tunjang sistem pengangkutan awam sedia ada dan masa depan Malaysia. Jumlah penumpang tahunan rel di seluruh Malaysia bagi tahun 2014 berjumlah 230 juta orang. Penggunaan rel juga mencatatkan peningkatan tertinggi di antara semua mod pengangkutan awam bandar berdasarkan statistik penumpang daripada pengendali rel.

Bilangan penumpang harian bagi perkhidmatan rel bandar telah meningkat sebanyak 8.5% kepada 631,988 penumpang pada tahun 2015 berbanding dengan tahun 2011 iaitu 557,921 penumpang. Kerajaan terus berusaha untuk menambahbaik rangkaian rel bandar bagi memudahkan penumpang dengan peruntukan berjumlah RM70 bilion untuk membiayai kos infrastruktur termasuk projek sambungan LRT laluan Ampang/Kelana Jaya ke Putra Heights (dijangka siap pada awal suku ketiga 2016), laluan LRT 3 dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang (dijangka siap pada suku ketiga, 2020), KVMRT Laluan 1 dari Sg. Buloh ke Kajang (dijangka siap pada bulan Julai 2017) dan KVMRT Laluan 2 dari Sg. Buloh - Serdang ke Putrajaya (dijangka siap pada suku pertama 2022).

Kerajaan Malaysia juga membuat pelaburan besar bagi menambahbaik rangkaian antarabandar di Malaysia, seperti Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang bermula pada tahun 2014. Perkhidmatan ETS juga telah diperluas pada tahun 2015, dengan pengenalan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar melalui projek landasan berkembar KTM yang mula beroperasi pada 11 Julai 2015.

Dalam jangka panjang, SPAD juga memacu integrasi serantau untuk menambahbaik infrastruktur pengangkutan awam, bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selesa untuk rakyat dengan projek-projek seperti Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Sistem Rapid Transit (RTS), yang menghubungkan Johor Bahru ke Singapura.

SPAD bersama pengendali setiap perkhidmatan rel yang terdapat di Malaysia terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai, cekap dan menepati masa untuk rakyat.

Pengangkutan Awam Darat