Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
rail

Projek MRT Lembah Klang (KVMRT)

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

MRT Lembah Klang (KVMRT) adalah salah satu projek infrastruktur pengangkutan awam darat yang terbesar dilaksanakan di Malaysia setakat ini. Projek ini disenaraikan sebagai Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi Greater Kuala Lumpur (GKL)/ Lembah Klang oleh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), akan mendorong integrasi dan kecekapan pengangkutan awam bandar.
 

MRT Laluan 1

KVMRT Sungai Buloh - Kajang (KVMRT Laluan 1) bermula di Sungai Buloh dan melalui pusat bandar Kuala Lumpur sebelum berakhir di Kajang. Laluan sepanjang 51km ini mempunyai 31 stesen yang merangkumi stesen bertingkat dan bawah tanah. Kekerapan tren untuk KVMRT Laluan 1 dijangkakan setiap 3.5 minit.

Sebagai agensi yang menyelia projek KVMRT, SPAD bertanggungjawab memastikan bahawa pembinaan memenuhi sasaran. Fasa Pertama dari 

Sungai Buloh ke   Semantan   akan   dibuka   kepada   pengguna menjelang akhir 2016, manakala fasa kedua, dari Semantan ke Kajang akan beroperasi menjelang awal suku ketiga, 2017. Ini akan membolehkan tren beroperasi diseluruh jajarannya.

MRT Laluan 2

Kerajaan telah memperuntukkan RM28 bilion bagi pelaksanaan MRT2 untuk link Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya. Laluan 2 ini akan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 2 juta penduduk yang merangkumi koridor yang bermula dari Sungai Buloh melalui daerah pusat perdagangan ke Bandar Malaysia, Kuchai Lama, Serdang dan berakhir di Putrajaya. Laluan sepanjang 52.2km ini termasuk bahagian bawah tanah yang meliputi 13.5km antara Jalan Ipoh dan Kuchai Lama serta 38.7km jejambat. MRT Laluan 2 akan mempunyai 37 stesen, di mana 26 stesen bertingkat dan 11 stesen bawah tanah. Stesen-stesen ini termasuk Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya


MRT Malaysia Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya

Fasa awal laluan antara Sungai Buloh dan Kampung Batu akan mula beroperasi pada bulan Julai 2021 dan laluan selebihnya dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral dijadualkan akan dibuka pada bulan Julai 2022. MRT Laluan 2 dijangka mempunyai 529,000 penumpang setiap hari. Ia dijangka akan memperbaiki kesesakan lalu lintas yang kronik di Kuala Lumpur.

MRT Laluan 3

 

MRT Laluan 3, yang merupakan laluan ketiga dan terakhir bagi Projek MRT Lembah Klang adalah di peringkat perancangan dan pembangunan. Perkembangan projek ini akan diumumkan pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan projek MRT, klik di sini

Pengangkutan Awam Darat