Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
rail

Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT)

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Projek KVDT merupakan projek menaik taraf yang akan dilaksanakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). SPAD, selaku pengawal selia, perancang dan penguat kuasa bagi sistem pengangkutan awam darat di Malaysia, terlibat dalam perbincangan dengan KTMB untuk mengenal pasti laluan yang terganggu, serta penjadualan kerja yang diperlukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna.

Kerja-kerja menaik taraf ini perlu dilaksanakan oleh KTMB sebagai langkah untuk memastikan kesemua perkhidmatan rel dapat bergerak dengan lancar dan tidak akan lagi berhadapan dengan kegagalan, kegelinciran mahupun kelewatan atau pembatalan perkhidmatan pada masa hadapan.

Projek KVDT ini akan dioperasikan secara berperingkat bermula pada awal suku ketiga 2016, dan dijangka siap pada 2019. Projek ini meliputi kerja membaik pulih landasan dengan jarak 42km dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu. Selain itu, projek ini akan menaik taraf 16 stesen di sepanjang laluan ini termasuk sistem persemboyanan dan sistem eletrifikasi sedia ada.

Permohonan Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk menutup sebahagian daripada landasannya untuk menaiktaraf sistem bagi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) tekah diluluskan setelah KTMB  memberi jaminan keselamatan pengguna dan perkhidmatan tidak akan tergendala. KTM telah digesa untuk mengutamakan soal keselamatan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur dan sistem bagi KVDT. 

Projek KVDT ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada awal suku ketiga 2016, dan dijangka siap pada 2019. Projek ini meliputi kerja membaik pulih landasan dengan jarak 42km dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu. Selain itu, projek ini akan menaik taraf 16 stesen di sepanjang laluan ini termasuk sistem persemboyanan dan sistem eletrifikasi sedia ada.

OBJEKTIF DAN MANFAAT PROJEK KVDT:

  • Menaik taraf infrastruktur landasan agar perkhidmatan tren lebih selesa dan selamat
  • Menambahbaik kualiti perkhidmatan tren KTM Komuter
  • Keselamatan penumpang dan operasi tren lebih terjamin
  • Sistem kereta api yang lebih efisien, selesa dan berdaya maju bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di Lembah Klang
  • Menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan tren dan seterusnya mengurangkan kesesakan jalan raya

KAWASAN YANG TERLIBAT

  • FASA 1A [Rawang – Simpang Batu] Rawang – Kuang – Sungai Buloh – Kepong Sentral – Kepong – Segambut
  • FASA1B [Kuala Lumpur – Simpang Pelabuhan Klang] Kuala Lumpur – KL Sentral
  • FASA 2 [Simpang Batu – Kuala Lumpur] Segambut – Putra – Bank Negara – Kuala Lumpur
  • FASA 3 [Sentul – Simpang Batu] Sentul – Putra – Segambut
  • FASA 4 [Simpang Pelabuhan Klang – Salak Selatan] KL Sentral – Mid Valley – Seputeh – Salak Selatan 

Untuk maklumat lanjut, klik di sini

Pengangkutan Awam Darat