Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
tourism

Mewujudkan penggunaan pengangkutan awam yang lancar di terminal bersepadu

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
image

Peralihan ke arah pengangkutan awam darat yang lebih bersepadu untuk memudahkan perjalanan di bandar-bandar yang pesat membangun amatlah penting.

Di Malaysia, kemudahan bersepadu seperti KL Sentral, yang terletak di pusat Kuala Lumpur, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di selatan Kuala Lumpur, Terminal Amanjaya di Ipoh, dan Melaka Sentral di Melaka memudahkan dan melancarkan pengalaman perjalanan bagi penumpang. Menambah kepada ini adalah Hentian Akhir Bandar (HAB) yang terletak di seluruh Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang (GKL/KV) yang

menyatukan pelbagai jenis pengangkutan awam. Pada masa ini, terdapat empat HAB di GKL/KV, iaitu HAB Pasar Seni yang menampung 23 laluan, HAB Munshi Abdullah yang menampung 7 laluan, HAB Jalan Silang yang menampung 19 laluan dan HAB Wira Damai yang menampung 4 laluan.

KL Sentral, stesen keretapi yang terbesar di Asia Tenggara adalah pusat pengangkutan bersepadu utama di Kuala Lumpur yang menghubungkan kawasan bandar dan pinggir Bandar seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA/KLIA2), Putrajaya, Cyberjaya, dan negeri-negeri lain di seluruh Semenanjung Malaysia. Memberi perkhidmatan kepada lebih 58 juta penumpang setahun, KL Sentral menawarkan akses terus kepada enam sistem keretapi dan lebuhraya utama.

 

image

TBS yang telah dilancarkan pada tahun 2011, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk 55 platform bas, 150 ruang teksi, 1,000 ruang letak kereta dan 1,800 tempat duduk untuk orang awam, menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada semua penumpang ke selatan, pantai timur dan utara.

Berfungsi sebagai hab bas henti-henti jarak dekat adalah Pudu Sentral yang juga bersambung kepada LRT Laluan Ampang melalui stesen Plaza Rakyat. Penumpang boleh pergi ke pelbagai destinasi melalui bas henti-henti yang beroperasi dari Pudu Sentral, termasuk KLIA dan KLIA 2, Sabak Bernam, Teluk Intan, Tanjung Malim, Seremban, Genting Highlands dan Ipoh. Hab ini juga menawarkan perkhidmatan teksi ke Genting Highlands. Pada 23 September 2012, Pudu Sentral telah ditubuhkan sebagai Pusat Transformasi Bandar (UTC), dan beberapa pejabat pelbagai agensi kerajaan telah dibuka, termasuk cawangan Pudu SPAD, yang menawarkan khidmat pelesenan, aduan dan dokumentasi.

image

Kesalinghubungan dari awal hingga akhir perjalanan juga telah dipertingkatkan dengan pembinaan laluan pejalan kaki dan sambungan dari stesen keretapi ke destinasi utama, memudahkan penumpang untuk berulang-alik dari stesen.

Melalui inisiatif, SPAD kini membantu untuk membangunkan, mengekalkan, dan merancang, seperti berikut :

Inisiatif Integrasi UPT NKRA
1
Kemudahan Park n Ride di stesen pengangkutan awam
Zon parkir yang selamat akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan rangkaian pengangkutan awam untuk perjalanan harian mereka. Penumbang boleh meneruskan ke perjalanan bermula dari awal perjalanan iaitu stesen, letak kereta di parkir yang disediakan dan seterusnya; menaiki tren atau bas tanpa sebarang masalah. SPAD yang ditubuhkan pada tahun 2010, telah mengawasi pembinaan dan pembangunan beberapa 20 kemudahan Park n Ride sekitar GKL/KV, di pelbagai stesen KTM, LRT dan bas.
2
Stesen bersepadu di lokasi yang strategik
Stesen bersepadu dan terminal menyediakan perkhidmatan bas dan rel untuk memudahkan pengguna. Ini adalah untuk memastikan pengguna mempunyai akses perjalanan ke beberapa destinasi dan pilihan sama ada untuk menggunakan perkhidmatan kereta api atau jalan raya. SPAD juga terus menyelia penyelenggaran stesen dan memainkan peranan utama dalam perancangan terminal bersepadu pada masa hadapan di lokasi baru di negara ini dan Lembah Klang.
3
Sistem Tiket Bersepadu
Menyelaraskan sistem tiket yang membolehkan pengguna untuk membuat pertukaran yang lancar antara mod pengangkutan sedia ada, atau laluan yang berbeza yang diperlukan untuk melengkapkan perjalanan mereka. SPAD telah dilantik sebagai agensi yang bertanggungjawab bagi memastikan inisiatif ini diteruskan dan siap pada masa yang ditetapkan.
4
Laluan Pejalan Kaki
Sambungan dari awal dan akhir perjalanan dipertingkatkan dengan pembangunan tambahan sambungan pejalan kaki yang membolehkan pengguna untuk melakukan perjalanan dengan berjalan ke destinasi mereka. SPAD menyelia pembinaan laluan pejalan kaki dan menyediakan cadangan lokasi untuk sambungan ini.

Pengangkutan Awam Darat