Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

1 800 88 7723 Aduan / HUBUNGI SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
taxi

Meningkatkan Standard Perkhidmatan Teksi di Malaysia 2010-2015

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

SPAD telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bertujuan untuk meningkatkan taraf industri perkhidmatan teksi di Malaysia. Ini adalah untuk memenuhi keperluan  penumpang dan telah dilaksanakan di bawah Program Transformasi Teksi di dalam komponen utama Bidang Keberhasilan Utama Negara untuk Pengangkutan Awam Bandar (NKRA UPT). Program dimulakan dengan Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada tahun 2012, di mana 76,000 pemandu teksi telah menerima:

  • Baucar untuk tayar baru
  • Perlindungan Insurans Peribadi (PA)
  • Pengecualian cukai jalan
  • Subsidi tol sebanyak 50%
  • Pengecualian cukai jualan dan eksais (bagi pemegang lesen individu)

SPAD prihatin terhadap keadaan yang dialami pemandu teksi dan peka kepada keperluan untuk mengkaji semula tambang teksi bagi mencerminkan kos operasi semasa. Sehubungan itu, Suruhanjaya telah menjalankan program interaksi di seluruh negara dengan pihak berkepentingan utama yang terlibat dalam semakan semula tambang teksi yang diumumkan pada Mac 2015.

SPAD juga telah melaksanakan Makmal Teksi pada Disember 2015, yang memberi tumpuan untuk menyeragamkan industri teksi bagi memenuhi permintaan hari ini. Ini termasuk mencari model perniagaan yang optimum, mengenal pasti cara-cara untuk meningkatkan ketersediaan perkhidmatan teksi semasa waktu puncak dan menggalakkan penggunaan inovasi teknologi. Dari perbincangan yang diadakan di dalam Makmal Teksi, berikut adalah lima perkara utama yang telah dibangkitkan dalam usaha untuk mentransformasikan industri tersebut: 

image

  • Memperbaiki kebajikan dan meningkatkan pendapatan pemandu teksi individu;
  • Menggalakan penggunaan teknologi untuk meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan teksi;
  • Menyelaraskan operasi teksi di lapangan terbang;
  • Memperbaiki kualiti dan tingkah laku pemandu teksi;
  • Menyeragamkan ciri-ciri utama perkhidmatan industri teksi bagi meningkatkan kecekapan

Pada masa ini, SPAD sedang giat berusaha untuk menyelaraskan perkhidmatan teksi tempatan dengan membuat perubahan holistik termasuk meminda beberapa bahagian di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD). Usaha ini juga merangkumi kajian kawal selia yang komprehensif bagi industri teksi untuk menggalakkan inovasi dan memperbaiki modal perniagaan yang sedia ada. Dasar-dasar pelesenan yang sedia ada juga sedang dikaji semula bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk mewujudkan persaingan yang adil bagi semua pihak dalam industri teksi.

Pengangkutan Awam Darat